awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu bapa jangan sembunyi anak berkeperluan khas - Pengerusi Yayasan Rythm

Bernama
Bernama
18/11/2023
20:20 MYT
Ibu bapa jangan sembunyi anak berkeperluan khas - Pengerusi Yayasan Rythm
Ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan khas tidak seharusnya menyembunyikan status anak mereka daripada orang ramai kerana ia boleh menjejaskan perkembangan kanak-kanak itu pada masa hadapan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan khas tidak seharusnya menyembunyikan status anak mereka daripada orang ramai kerana ia boleh menjejaskan perkembangan kanak-kanak itu pada masa hadapan.
Pengerusi Yayasan Raise Yourself to Help Mankind (Rythm), Datin Seri Umayal Eswaran berkata, ibu bapa sepatutnya membiarkan anak-anak mereka bergaul dengan masyarakat untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kanak-kanak berkeperluan khas.
"Perkara pertama sebagai ibu bapa dan masyarakat, kita tidak boleh mengabaikan mereka, kita perlu menerima kewujudan mereka.
"Setelah itu, barulah kita boleh meneruskan apa yang perlu dilakukan seperti menyebarkan kesedaran kepada orang ramai.
"Apa yang kita mahu lihat ialah kanak-kanak itu dapat hidup secara normal. Jadi ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan khas, mereka boleh menghantar mereka ke Sekolah Taarana kerana kami boleh membantu mereka," katanya kepada media semasa Hari Tahunan Sekolah Taarana, di sini, pada Sabtu.
Sekolah Taarana, yang ditubuhkan pada 2011 di bawah Yayasan Rythm, menyediakan bantuan dan sumber untuk kanak-kanak dengan keperluan pendidikan khas.
Sekolah tersebut berusaha untuk mencungkil potensi kanak-kanak dan membantu mereka mengenal pasti kekuatan serta menyediakan mereka untuk berdikari dan menjalani kehidupan yang baik.
Sementara itu, Amin Mohd Shariffudin, bapa kepada Muhammad Kamil Muiz, seorang pelajar di Sekolah Taarana berkata, anaknya membina kemahiran sosial dan asas sejak bersekolah di situ.
"Anak saya sebelum menyertai Taarana ada masalah kelakuan. Selepas masuk dia belajar untuk lebih berdisiplin.
"Dari segi kemahiran sosial pun meningkat. Dia belajar cara berkawan, lebih bertimbang rasa dan sudah boleh dengar arahan dengan lebih baik," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#ibu bapa
#anak berkeperluan khas
#Yayasan Rythm
#Umayal Eswaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan