GEORGE TOWN: Tiada ungkapan mampu dilafazkan sepasang suami isteri tatkala menerima Anugerah Anumerta buat Allahyarham anak mereka pada Majlis Konvokesyen Universiti Sains Malaysia(USM) ke-60, di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) hari ini.
Muhammad Nurshamril Abdul Malek, 28, maut apabila kenderaan dipandunya terbabas di Kilometer 71, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, Setiu di Terengganu pada 13 Okt 2021, selepas selesai menjalani pengambaran filem di Kelantan ketika mahu pulang ke rumah di Kuala Lumpur.
Abdul Malek Abdul Samad, 59, berkata anak ketiga daripada tujuh beradik itu, sedang bercuti semester dan beliau mengambil peluang bekerja sambilan dengan sebuah syarikat produksi sebagai jurugambar ketika kejadian kemalangan.
Dia yang hadir bersama isterinya Sabariah Nawin, 53, berkata kehilangan Muhammad Nurshamril memang memberi kesan kepada mereka sekeluarga kerana arwah adalah seorang anak yang baik, ringan tulang dan rajin membantu ahli keluarga terutama adik-adiknya.
"Memang sedihlah, dia belajar okey malah memang hendak ambil jurusan Sarjana Muda Komunikasi Kepujian Filem dan Penyiaran di USM, dia juga memang bercita-cita untuk sambung belajar ke luar negara...arwah ini seorang yang tenang, baik dan suka tolong orang terutama rakan-rakannya dengan berkongsi ilmu dalam bidang perfileman berkaitan videografi serta suntingan.
"Kalau cuti semester selain dia bekerja sambilan sebagai kru di syarikat produksi, arwah juga sering menjadi rujukan rakan-rakannya untuk berkongsi teknik dan ilmu dalam videografi serta suntingan...dia memang minat sangat dalam bidang tersebut," katanya kepada pemberita selepas menerima Anugerah Anumerta hari ini.
Anugerah itu disampaikan oleh Pro-Canselor USM, Tan Sr Dr Zulkefli A. Hassan dan pada sidang ke-10 konvokesyen tersebut sebanyak 738 graduan jurusan menerima skrol ijazah masing-masing.
Abdul Malek yang beberapa kali menahan sebak dan menangis ketika ditemu bual berkata walaupun terkilan arwah anaknya tidak sempat menerima sendiri ijazah tersebut, dia bangga apabila anaknya hampir berjaya menghabiskan pengajian di USM.
"Hanya dua semester lagi arwah nak tamatkan pengajiannya namun Allah lebih menyayanginya," katanya yang bekerja sebagai pemandu bas sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur.
Pada sidang itu, tiga pasangan kembar seiras turut teruja meraikan graduasi mereka hari ini malah setiap pasangan tersebut mengambil kos yang sama kerana tidak mahu terpisah ketika mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Bagi Dhika Marzuki, 24, dan adik kembarnya Dhita, mereka memang dari kecil tidak pernah berpisah malah sentiasa merancang belajar di sekolah dan menyambung ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang serta universiti yang sama.
Dhika berkata mereka berasal dari Kajang, Selangor menerima Ijazah Sarjana Muda Perumahan, Bangunan dan Perancangan sentiasa berkongsi minat yang sama dalam semua bidang malah ketika ini juga dia dan adiknya itu bekerja di sebuah syarikat sama sebagai juruukur tanah.
"Alhamdulillah akhirnya kami berjaya bersama-sama menamatkan pengajian dalam bidang yang memang kami suka dan minat, perancangan lepas ini mungkin nak sambung belajar ke peringkat lebih tinggi lagi di luar negara," katanya.
Dua lagi pasangan kembar iaitu Nuranis Qhaleeda Ahmad Pesal, 23 dan adiknya Nuranis Qhaleezah serta J.Kalaaivanny, 23, bersama kakak kembarnya J.Kalaaivehny menerima Ijazah Sarjana Muda Kepujian Perakauan.
Kalaaivanny, berkata dia dan pasangan kembarnya berasal dari Ipoh, Perak dan memang sejak kecil mereka memasang hasrat untuk belajar serta konvokesyen pada majlis yang sama.
"Sekarang ini kami sedang mencari pekerjaan dan telah menghantar beberapa permohonan, saya harap kami dapat bekerja di tempat yang sama atau sekurang-kurangnya di kawasan berhampiran kerana memang dari kecil kami selalu bersama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 12 2022
Muhammad Nurshamril Abdul Malek, 28, maut apabila kenderaan dipandunya terbabas di Kilometer 71, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, Setiu di Terengganu pada 13 Okt 2021. - Foto BERNAMA
AWANI Pagi: Selamatkah kita di dalam dunia kecerdasan buatan?
Bersempena sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia pada 17 Mei bertemakan inovasi digital dan kemampanan pembangunan, AWANI Pagi bawakan topik menarik mengenai keselamatan di dalam dunia kecerdasan buatan.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
AWANI Ringkas: Inflasi Malaysia 2023 catat peningkatan perlahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiga daerah di Perak dilanda banjir kilat, 150 mangsa dipindah ke enam PPS
Setakat 8 pagi ini, empat PPS dibuka di daerah Taiping, sebuah di daerah Hilir Perak dan sebuah di daerah Kuala Kangsar.
Dua anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
Seorang lagi lelaki yang dipercayai suspek juga meninggal dunia dalam kejadian sekitar pukul 2.54 pagi itu.
Penoreh getah menggeletar seluruh badan dimaklum jadi jutawan
Seorang penoreh getah terpilih menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi tahun ini.
Gen Z mahu aturan kerja fleksibel
Sim berkata, yang penting ialah kerja dapat dilakukan dengan berkesan dan cekap, bukannya dalam jangka masa atau persekitaran ditetapkan.
Kelantan Darul Naim FC, GTR Burger jalin kerjasama pintar
Menurut kelab itu, pihak pengurusan KDN FC diwakili presidennya, Rozi Muhamad manakala GTR Burger pula pengerusinya, Nordin Mat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
Tinjauan NHMS mendapati 10% rakyat Malaysia tidak dapatkan rawatan atas faktor kewangan
Sebanyak 12.9% melaporkan bahawa ia adalah kerana rawatan terlalu mahal, tidak mampu dibeli, atau kerana kekurangan wang.
Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.
USM berjaya kekalkan status swaakreditasi
Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mengekalkan pengiktirafan sebagai sebuah universiti berstatus swaakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia.
USM bantu perkasa sosioekonomi masyarakat menerusi tanaman Cendawan Volvariella
Cendawan Volvariella dipilih kerana ia bukan saja mudah, murah dan senang untuk diusahakan, tetapi juga mampu menjana hasil lumayan.
USM tawar program akademik berimpak tinggi di Kuala Lumpur
Terletak di tengah bandar raya, USM@KL menawarkan program ijazah tinggi yang kompetitif dan bernilai tinggi.
SPICES USM tempatkan lebih 200 spesimen organ manusia
Universiti Sains Malaysia (USM) membangunkan Galeri Interaktif Sains Perubatan (SPICES) bernilai RM2.4 juta yang menempatkan lebih 200 spesimen manusia, dikatakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.
PM ucap tahniah kepada Sivamurugan atas syarahan sempena pelantikan Profesor USM
Semoga saudara dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang serta menyumbang idea dan kepakaran kepada negara, kata Anwar di Twitter.
USM kekal kedudukan keempat terbaik dunia THE Impact Rankings 2023
USM juga unggul di kedudukan pertama dalam Sustainable Development Goals (SDG) SDG16 iaitu Keamanan, Keadilan dan Institusi Kukuh.
Pensyarah USM dipilih mentor program Space4Women
Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Norilmi Amilia Ismail, 41, dipilih sebagai satu-satunya mentor dari Malaysia dalam program Space4Women.
Kes jenayah juvana di Pulau Pinang membimbangkan
Demografi mereka yang terlibat dengan jenayah rogol itu terdiri daripada remaja dalam golongan B40.
Ibu bapa sebak terima ijazah Anumerta anak
Tiada ungkapan mampu dilafazkan sepasang suami isteri tatkala menerima Anugerah Anumerta buat Allahyarham anak mereka pada Majlis Konvokesyen Universiti Sains Malaysia(USM) ke-60
Tiada kebenaran diberikan kepada Fahmi Reza - USM
Tiada permohonan daripada mana-mana pihak termasuk Mohd Fahmi sendiri berhubung program yang dinamakan sebagai Kelas Demokrasi Fahmi Reza @ USM itu.