awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu bapa Zayn Rayyan beredar dari mahkamah selepas selesai ikat jamin

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
13/06/2024
04:58 MYT
Ibu bapa Zayn Rayyan beredar dari mahkamah selepas selesai ikat jamin
Pasangan terbabit dilihat memakai pakaian biasa dan dibawa menaiki sebuah kereta sebelum beredar. -Astro AWANI
PETALING JAYA: Ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin dilihat beredar dari Kompleks Mahkamah Petaling Jaya jam 12.45 tengah hari, pada Khamis, selepas diikat jamin sebanyak RM10,000 setiap seorang.
Pasangan terbabit telah direman sejak 1 Jun lalu dan menghadapi tuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik itu dengan cara yang boleh menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal pada Disember tahun lalu.
Bagaimanapun, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul, masing-masing berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadap mereka di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.
Semasa beredar dari pekarangan mahkamah, pasangan terbabit memakai pakaian biasa dan dibawa menaiki kereta Perodua Myvi sebelum beredar dari Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.
Sementara itu, peguam yang mewakili bapa mangsa, Fahmi Moin ketika ditemui media sejurus selesai ikat jamin pasangan terbabit berkata, pihaknya diminta untuk pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bagi kes datuk dan nenek mangsa.
"Kami diminta berada di sana (IPD Petaling Jaya) untuk pelepasan datuk dan nenek mangsa serta proses seterusnya," katanya.
Pada Khamis, mengikut pertuduhan, Ismanira dan Zaim Ikhwan didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak berusia enam tahun itu, mengabaikannya dengan cara yang mungkin akan menyebabkan kecederaan fizikal.
Kesalahan didakwa dilakukan sekitar jalan PJU Damansara Damai, di sini, pada jam 12 tengah hari, 5 Disember hingga jam 9.55 malam, 6 Disember.
[TERKINI] Ismanira, Zaim Ikhwan mengaku tidak bersalah abaikan Zayn Rayyan
Pada 6 Disember tahun lalu, mayat Zayn Rayyan ditemui dalam keadaan terbaring di anak sungai berhampiran rumahnya di Apartmen Idaman, Sungai Buloh selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.
Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri.
Topic Berkaitan
#Zayn Rayyan
#Zaim Ikhwan Zahari
#Ismanira Abdul
#ikat jamin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan