awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu, bayi 6 bulan maut dalam nahas di Jalan Gua Musang-Kuala Krai

Bernama
Bernama
20/01/2023
14:41 MYT
Ibu, bayi 6 bulan maut dalam nahas di Jalan Gua Musang-Kuala Krai
Keadaan Perodua Axia yang terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer (KM) 35, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, tengah malam tadi. - Gambar/ Bernama
GUA MUSANG: Seorang wanita dan bayi lelakinya berusia enam bulan maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 35, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini pada 12.40 tengah malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang Deputi Superintenden Azmi Mokhtar berkata Khoirul Bariyyah Mohamed Sokeri, 28, dan Muhammad Alfah Abdul Rahim disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kereta Perodua Axia yang dinaiki mangsa bersama dua anak dan dipandu oleh suaminya yang juga seorang anggota tentera berusia 28 tahun dalam perjalanan dari Subang, Selangor menuju ke Kota Bharu, Kelantan.
"Kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung kereta Naza Ria yang dipandu lelaki Melayu berusia 36 tahun," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Azmi berkata akibat pelanggaran itu, Perodua Axia remuk dan pemandunya mengalami patah pada tangan kiri dan pinggang manakala anak lelakinya berusia lima tahun mengalami patah di kedua-dua kaki.
"Pemandu Naza Ria hanya mengalami cedera ringan dan kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk proses selanjutnya manakala mangsa yang maut dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#ibu dan anak
#Jalan Gua Musang
#Kuala Krai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan