awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu, bayi enam bulan maut dalam kemalangan di Kluang

Bernama
Bernama
27/07/2021
15:21 MYT
Ibu, bayi enam bulan maut dalam kemalangan di Kluang
Hang Seng berkata kejadian itu menyebabkan mangsa, Norashidah Zakariah yang cedera di kepala meninggal dunia di tempat kejadian. - Gambar/ FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri
JOHOR BAHRU: Seorang wanita dan bayi perempuannya berusia enam bulan maut selepas kereta Nissan Cefiro yang dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan lain di Kilometer 21 Jalan Renggam-Simpang Renggam dekat Kluang petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Low Hang Seng berkata kejadian pada 3.35 petang itu menyebabkan mangsa, Norashidah Zakariah, 35, yang cedera di kepala meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya Nur Azra Hannan Muhammad Shahril meninggal dunia di sebuah klinik di Renggam.
Bagaimanapun, suami mangsa iaitu Muhammad Shahril Amran, 37, dan ibunya Manja Jaafar, 55, serta pemandu Proton Wira, Mohd Zul Shahri, 54, yang cedera di kepala, menerima rawatan di Hospital Kluang.
"Muhammad Shahril dipercayai telah memotong sebuah lori dan melanggar kenderaan Mohd Zul yang datang dari arah bertentangan sehingga mengakibatkan perlanggaran kedua-dua kenderaan," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ibu
#bayi
#enam bulan
#kemalangan
#Simpang Renggam
#Johor
#Kluang
#maut
#kemalangan maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan