awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga kanak-kanak maut dalam kemalangan di Lebuhraya PLUS

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
16/12/2020
12:04 MYT
Tiga kanak-kanak maut dalam kemalangan di Lebuhraya PLUS
Ketiga-tiga kanak-kanak itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang wanita dewasa, dipercayai pemandu kereta berkenaan mengalami kecederaan parah. - Foto ihsan JBPM
IPOH:Tiga kanak-kanak maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua buah lori di Kilometer 272.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah utara, dekat sini, petang Rabu.
Ketiga-tiga kanak-kanak itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang wanita dewasa, dipercayai pemandu kereta berkenaan mengalami kecederaan parah.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima maklumat mengenai kejadian itu pada kira-kira jam 3 petang.
“Kedua-dua lori telah bergesel dan berhenti di laluan kecemasan dan kereta tersebut telah melanggar lori berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut jurucakap itu, anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan menyerahkan mangsa yang maut kepada pihak polis.
Katanya, mangsa yang cedera parah pula telah dihantar ke hospital.
Bagaimanapun, setakat ini butir-butir lanjut mengenai mangsa masih belum diketahui.
Topic Berkaitan
#Lebuhraya Utara Selatan
#PLUS
#JBPM Perak
#kemalangan maut
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan