MALAYSIA
Ibu dakwa guru tampar, tarik rambut, tolak anak usia 11 tahun

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Siti Nor Salawati Saad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian itu. - Gambar hiasan
ALOR SETAR: Seorang wanita mendakwa anak lelakinya berusia 11 tahun trauma akibat dikasari oleh seorang guru lelaki di sebuah sekolah di sini kelmarin.
Ringkasan AI
- Seorang wanita mendakwa anak lelakinya berusia 11 tahun trauma selepas dikasari oleh guru lelaki di sekolah, termasuk ditampar, ditarik rambut dan telinga, serta ditolak hingga terkena meja.
- Pemeriksaan hospital menunjukkan kesan lebam dan pendarahan di telinga mangsa, dan laporan polis telah dibuat di Balai Polis Langgar; JPN Kedah sedang menjalankan siasatan lanjut bersama KPM.
- JPN Kedah memberi jaminan siasatan akan dilakukan secara menyeluruh dan telus, dengan sebarang tindakan diambil mengikut prosedur ditetapkan oleh KPM.
Wanita itu dan suaminya kemudian membawa anak mereka ke sebuah hospital swasta dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam di bahagian dalam telinga selain cuping berdarah sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Langgar.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Siti Nor Salawati Saad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian itu.
Sementara itu, menurut kenyataan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah laporan awal telah diterima daripada pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berhubung perkara berkenaan.
"JPN Kedah sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu. Kami bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memastikan siasatan dilaksanakan secara menyeluruh dan telus," menurut kenyataan itu.
Sebarang tindakan yang bakal diambil adalah berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan oleh KPM.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami