awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu Fadhlina Sidek selamat dikebumi

Astro Awani
Astro Awani
16/06/2024
07:20 MYT
Ibu Fadhlina Sidek selamat dikebumi
Jenazah ibu kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (tengah), Allahyarham Datin Siti Zalikhah Md Nor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Dalam sekitar jam 2.45 petang tadi. -Video Astro AWANI
KAJANG: Jenazah ibu kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Allahyarham Datin Siti Zalikhah Md Nor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Dalam di sini sekitar jam 2.45 petang tadi.
Terdahulu, jenazah dibawa ke Surau Al-Mujahidin, Desa Surada untuk solat jenazah yang diimamkan anak kelimanya, iaitu Hazim Faizi Siddiq.
Hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Siti Zalikhah ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, saudara-mara dan kenalan.
.
Foto/Tangkap layar video Astro AWANI
Allahyarham Siti Zalikhah meninggal dunia di Hospital Serdang pada 9.30 pagi tadi dan disahkan oleh Pejabat Menteri Pendidikan menerusi hantaran di laman Facebook Fadhlina.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham merupakan seorang insan yang banyak berjasa kepada nusa, seorang pendidik bangsa, serta aktivis masyarakat sejak zaman muda.
Anak kelahiran Perak itu menamatkan pengajian doktor falsafah dalam bidang syariah dan undang-undang dan berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hingga 2005 dan kemudiannya meneruskan perkhidmatan secara kontrak hingga 2015.
Allahyarham juga merupakan ahli Jawatankuasa Panel Kajian Syariah (PKS) di bawah Majlis Fatwa Malaysia dan ahli jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji yang dipilih oleh Lembaga Tabung Haji.
Beliau juga seorang peguam syarie dan berpengalaman dalam bidang Undang-undang Keluarga Islam.
Topic Berkaitan
#Fadhlina Sidek
#Allahyarham Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor
#Ibu Fadhlina Sidek meninggal dunia
#Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Dalam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan