Perasaan gembira jelas terpancar pada wajah Rozilawati Aziz, 39, apabila doa untuk melahirkan anak keduanya pada tahun baharu dan menerima skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) dimakbulkan.
Kelahiran bayi perempuan seberat 3.4 kilogram di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini kira-kira 2.30 pagi tadi disifatkan Rozilawati sebagai satu rahmat tidak ternilai untuknya dan suami Mohd Idrus Awang Kechil, 52.
"Alhamdulillah doa saya dimakbulkan dan saya bersyukur apabila melihat bayi selamat dilahirkan. Sepatutnya saya melahirkan bayi pada 30 Dis tetapi dia (bayi) nak keluar lewat sikit," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Rozilawati turut berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi insentif itu dan akan menabung setiap bulan bagi menambah dana RM200 yang diterima menerusi ADAM50.
"Saya akan menggunakan simpanan ini dengan sebaik mungkin demi masa depan anak saya kerana simpanan ini boleh digunakan untuk menampung kos pembelajarannya kelak," katanya.
Turut berkongsi kegembiraan seorang ibu muda Nur Zahirah Zahari, 24, yang menyambut kelahiran anak pertama kira-kira jam 8.30 pagi tadi secara pembedahan.
Nur Zahirah ketika ditemui meluahkan rasa gembira kerana tidak menyangka bayi perempuannya itu dilahirkan sebulan lebih awal daripada tarikh jangkaan doktor iaitu pada 3 Februari.
"Saya bersyukur kerana anak saya berpeluang menerima dana ADAM50 dan saya akan menggunakannya untuk masa depannya dengan sebaik mungkin," katanya.
Terdahulu, seramai 10 bayi yang dilahirkan di HRPB hari ini menerima hamper dan skim ADAM50 yang disampaikan oleh wakil daripada Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) Perak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 01 2018
Rozilawati Aziz mengucup bayinya yang baharu dilahirkan ketika ditemui pada Program Penyerahan Insentif ADAM50 di Dewan Bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun hari ini. --fotoBERNAMA
Houthi tembak Kapal Tangki Minyak Andromeda Star di Laut Merah
Kumpulan Houthi terus melancarkan serangan ke atas kapal komersial di Laut Merah dan terbaharu serangan peluru berpandu mengenai kapal tangki minyak Andromeda Star.
Ratusan rumah, bangunan rosak dibadai puting beliung
Ratusan rumah, bangunan dan ladang ternakan di Omaha, Nebraska rosak akibat kejadian Puting beliung yang membadai kawasan itu pada petang Jumaat.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Rundingan sebelum ini pada November lepas menyaksikan pembebasan 81 rakyat Israel dan 24 warga asing dengan pertukaran 240 warga Palestin termasuk 71 wanita dan 169 kanak-kanak.
95 kanak-kanak mangsa diselamatkan di India
Seramai 95 kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun diselamatkan di Uttar Pradesh di utara India, dipercayai mangsa pemerdagangan manusia dari negeri jiran, Bihar.
Pesara tentera diminta kemaskini data di JHEV
Jelas Adly setakat ini lebih 213 ribu veteran berdaftar dengan jabatan tersebut, berbanding sekitar 300,000 yang telah bersara dalam perkhidmatan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad - 28 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: UM mohon maaf kepada rakyat Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jangan sentuh isu 3R sepanjang kempen PRK Kuala Kubu Baharu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta untuk meningkatkan pemantauan bagi mengesan sebarang hantaran yang menyalahi undang-undang.
U Mobile buka kedai pertama di Sabah
pembukaan kedai U Mobile pertama di Sabah adalah sebahagian daripada perancangan untuk memastikan penduduk negeri itu dapat menikmati perkhidmatan pelanggan serta rangkaian produk inovatif U Mobile.
Semakin banyak insentif untuk rakyat Selangor disekat - Ketua Pembangkang
Semakin banyak insentif untuk rakyat Selangor disekat dan dinafikan hak walaupun sudah dijanjikan atau pernah diberi sebelum ini.
ADAM50 dihentikan akhir tahun - Zeti
ADAM50 yang diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional akan dihentikan menjelang akhir tahun.
Keputusan teruskan ADAM50 ditentukan Kementerian Kewangan - TPM
Beliau berkata pemberian inisiatif itu melibatkan dana negara yang besar dan seperti sedia maklum negara kini mempunyai defisit yang 'membengkak'.
Inisiatif ADAM50, Menara PNB 118 berjalan seperti biasa
Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini menjelaskan bahawa, Program Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) dan projek pembinaan Menara PNB 118 bakal diteruskan mengikut perancangan asal.
ADAM50 membantu pembangunan pendidikan menjelang 2050
Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Wahid Omar insentif ADAM50 itu akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia bagi membantu pembangunan pendidikan menjelang 2050.
Kadar kelahiran tinggi seiring kematangan ekonomi - PM Najib
Perdana Menteri berharap Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) akan menggalakkan kadar kelahiran lebih tinggi dalam kalangan rakyat malaysia memandangkan negara ini sedang mencapai kematangan ekonomi.
ADAM50: Tahniah! Bayi Nora Danish, Siti Nurhaliza bakal terima insentif RM200
Lima artis popular tempatan bakal menerima RM200 di bawah skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50).
Hit #mythrowbaek2017 anda
Sudah 60 tahun berlalu sejak laungan kemerdekaan -Merdeka- bergema di Dataran Merdeka, Melaka. Tahun 2017 merupakan tahun yang mencatatkan banyak pencapaian yang cemerlang. Apa #mythrowbaek2017 anda?
ADAM50: Buat tabungan awal secara konsisten - Wahid Omar
Pelaburan yang dibuat menerusi ADAM50 ini memberi peluang kepada ibu bapa untuk menabung dan merancang masa depan anak mereka.
Lapan bayi penerima pertama ADAM50 di Kuala Lumpur
Mereka adalah antara kumpulan bayi terawal yang Menerima Insentif Khas Amanah dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) bermula tahun ini.