KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru semua ibu hamil untuk berdaftar dalam MySejahtera dan mengambil vaksin COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pengambilan vaksin adalah satu kaedah yang terbukti berkesan dan selamat untuk mencegah ibu hamil dari mendapat jangkitan yang teruk.

Berikut lima perkara penting kenyataan media Dr Noor Hisham pada Rabu;

1. Sebanyak 20,780 kes jangkitan baharu COVID-19 direkodkan hari ini berbanding 19,991 semalam.

2. Selangor masih kekal penularan kes harian tertinggi dengan sebanyak 6,921 kes diikuti Kuala Lumpur (2,065 kes) dan Johor (1,693 kes).

3. Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah sebanyak 233,358 kes.

4. Kes kematian baharu adalah sebanyak 211 kes dengan angka kumulatifnya kini 11,373 kes.

5. Sebanyak 1,053 kes sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 546 memerlukan bantuan alat pernafasan.