awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
MEF sokong pengambilan terus pekerja asing, kurangkan kos dan eksploitasi
KKR laksana 99 projek baik pulih cerun libat kos RM77.3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu kota meriah dengan pokok Krismas, Santa Claus

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
25/12/2017
08:10 MYT
Ibu kota meriah dengan pokok Krismas, Santa Claus
Pusat beli belah terutamanya, cukup meriah dengan aneka replika pokok, salji dan Santa Claus.
Hari ini, penganut agama Kristian meraikan hari kebesaran mereka iaitu Hari Krismas.
Dan seperti biasa, jalan-jalan utama di sekitar Kuala Lumpur lengang pada hari cuti umum apatah lagi cuti Krismas ini jatuh pada hari Isnin yang menyaksikan orang ramai bercuti selama tiga hari.
Tinjauan di beberapa lokasi tumpuan mendapati warga kota mempergunakan hari cuti umum untuk meluangkan masa bersama keluarga .
Antara lokasi yang menjadi tumpuan keluarga adalah Zoo Negara yang mana pengunjung mula sampai jam 10 pagi.
Turut menjadi tumpuan ialah Taman Botani dan Tugu Negara yang menjadi destinasi pilihan khususnya mereka yang berkeluarga untuk beriadah pada hari cuti ini.
Tidak seperti kebiasaannya, tinjauan setakat tengah hari mendapati tidak ramai warga asing yang memenuhi lokasi-lokasi seperti Kota Raya dan Bukit Bintang manakala Jalan Tuanku Abdul Rahman pula menjadi pilihan untuk warga kota meluangkan masa membeli belah bersama keluarga.
Bagaimanapun menjelang petang, segenap penjuru Kuala Lumpur mula dibanjiri warga asing yang mengambil peluang cuti umum ini untuk berkumpul bersama.
Jalan-jalan utama di pusat bandar juga mula sesak dan menjadi tumpuan ramai, terutamanya pelancong asing.
Sambutan Krismas tentunya tidak lengkap tanpa pelbagai hiasan indah yang hanya dapat dilihat setiap kali bulan Disember tiba.
Pusat beli belah terutamanya, cukup meriah dengan aneka replika pokok, salji dan Santa Claus.
Pavilion antara lokasi tumpuan yang dihias cantik, dan orang ramai yang berkunjung ke sini tidak melepaskan peluang mengambil gambar kenang-kenangan.
Topic Berkaitan
#Bukit Bintang
#Krismas
#Kuala Lumpur
#pelancong
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan