awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rumah Putih rancang sidang kemuncak pertama Lembaga Keamanan pada 19 Feb
Kanak-kanak buka pintu kenderaan punca kemalangan enam kenderaan di Jalan Tun Razak
Wartawan wanita perlu imbangi teknologi dan integriti - Noraini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu maut selepas pulang jemput anak dari asrama

Sinar Harian
Sinar Harian
25/08/2023
05:07 MYT
Ibu maut selepas pulang jemput anak dari asrama
Kereta dipandu mangsa telah bertembung dengan sebuah Perodua Alza yang dipandu seorang wanita berumur dalam lingkungan 40-an. - Gambar/ Sinar Harian
KOTA TINGGI: Seorang ibu maut manakala dua anaknya selamat selepas Proton Exora bertembung dengan Perodua Alza di Jalandhar berhampiran simpang Felda Air Tawar 1, Jalan Kota Tinggi-Sungai Rengit di sini, petang Khamis.
Difahamkan mangsa Mariani Omar, 44 yang berasal dari Felda Tenggaroh 2, itu dalam perjalanan pulang selepas mengambil anaknya dari asrama di Bandar Penawar sebelum terbabit dalam nahas jalan raya kira-kira 3.40 petang.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan akibat kemalangan tersebut.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi, semasa menerima rawatan. Kemalangan dipercayai berlaku ketika wanita tersebut memandu kereta Proton Exora bersama dengan dua anak berumur antara 18 dan 15 tahun yang dalam perjalanan dari arah Bandar Penawar menghala ke Kota Tinggi.
“Kereta dipandu telah bertembung dengan sebuah kereta Perodua Alza yang dipandu seorang wanita berumur dalam lingkungan 40-an.
“Kemalangan itu juga menyebabkan pemandu Alza mengalami kecederaan parah dan masih dirawat di HKT. Dua anak si mati selamat dalam kejadian itu, ” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#ibu maut
#anak selamat
#Kota Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan