Ibu kepada salah seorang penumpang pesawat MH370, Mohd Khairul Amri Selamat, Normah Jaafar, 56 tahun tetap menerima apa juga berita berhubung nasib anak keduanya itu namun tetap redha dengan apa sekalipun ketentuan Ilahi.
Walaupun beberapa kali pengsan takala terlihat gambar anaknya, beliau tetap menguatkan semangat bagi mendengar setiap berita yang disampaikan.
Beliau juga melahirkan terima kasih kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia diatas segala usaha menangani peristiwa malang ini.
"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada PM dan rakyat Malaysia telah bertungkus-lumus, berusaha untuk mendapatkan satu keputusan sebagaimana yang kita dengar sama-sama pada hari ini kan. Terima kasih banyak-banyak. Begitu juga kepada pihak MAS, mereka tak lepas-lepas bertanggung-jawap kepada kami waris-waris," kata ibu kandung salah seorang penumpang pesawat malang itu.
Rumah beliau di Taman Kerayong Makmur, Bera Temerloh Pahang, turut dikunjungi rakan dan jiran tetangga bagi memberi semangat kepadanya.
Pilu bercampur sedih jelas tergambar diwajah Normah setiap kali mendengar berita berhubung kehilangan MH370.
"Kalau kata tak sedih tu bohong lah kan. Saya memang bersedih dan dalam pada itu saya redha. saya mohon pada Allah SWT supaya dia memberi kekuatan kepada saya untuk terus menangani ujian ini. Apa pun saya redha dan saya memang berserah kepada Allah swt dan saya berterima kasih kerana saya Allah pilih saya, saya redha." tambah Normah lagi.
Pada pagi tadi, sekumpulan ahli UMNO Bera turut datang kerumahnya dan memberi semangat disamping turut juga mengadakan bacaan yasin dan doa tahlil.
Astro Awani
Tue Mar 25 2014
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ibu Mohd Khairul Amri berterima kasih kepada kerajaan Malaysia
Normah Jaafar redha dengan apa sahaja ketentuan Ilahi yang telah menimpa anaknya, Mohd Khairul Amri yang berada dalam pesawat MH370.
China minta data satelit daripada Malaysia
Kerajaan China meminta Malaysia menyerahkan kepadanya semua analisis data satelit yang berkaitan dengan kehilangan pesawat MH370.