awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jiwa saya 'kacau' setiap kali lagu Negaraku berkumandang - Dharma Raj
Bersatu berdepan cabaran sokongan PN dan legitimasi MB Perlis - Penganalisis
Pekerja kedai rugi lebih RM20,000 akibat kerja tidak wujud
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu sedih buku teks anak tenggelam dalam air banjir

Bernama
Bernama
08/02/2016
04:16 MYT
Ibu sedih buku teks anak tenggelam dalam air banjir
Seramai 126 mangsa banjir kini ditempatkan di tiga pusat pemindahan di Tangkak dan Segamat berikutan paras air yang kian meningkat. - Gambar fail
Seorang mangsa banjir di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Sialang di Tangkak merasa sedih kerana buku teks dua orang anaknya rosak ditenggelami air banjir.
Juriah Sumarthi, 40, yang merupakan antara 105 mangsa banjir di Tangkak berkata beliau tidak sempat untuk menyelamatkan buku teks sekolah rendah anaknya apabila rumahnya di Kampung Sialang dinaiki air secara mendadak kira-kira pukul 6.30 petang Sabtu lalu.
"Saya hanya sempat menyelamatkan barang penting seperti dokumen dan pakaian anak saya sahaja," katanya.
Seramai 126 mangsa banjir kini ditempatkan di tiga pusat pemindahan di Tangkak dan Segamat berikutan paras air yang kian meningkat.
Seorang lagi mangsa Zainal Ramli, 54, turut tidak sempat menyelamatkan barang dan harta bendanya akibat air naik dengan cepat.
"Saya cuma dapat selamatkan beberapa barang penting dan hanya mampu melihat harta benda saya ditenggelami air," katanya.
Beliau turut berkata masalah banjir mula berlaku di kampungnya di Kampung Seberang Gajah sekitar tahun 1980-an akibat kelemahan sistem perparitan yang menyebabkan air mudah bertakung dan melimpah setiap kali berlaku hujan lebat.
"Misalnya tahun lepas saya terpaksa berpindah sebanyak lima kali," katanya.
Sementara itu Ketua Kampung Sialang, Mohd Yusof Ahmad berkata semua mangsa dari Kampung Seberang Gajah, Kampung Sialang Dalam dan Kampung Tanjong Laboh berada dalam keadaan selamat dan mengucapkan terima kasih kepada semua agensi kerajaan terlibat yang bertungkus-lumus membantu mangsa banjir.
"Alhamdulillah, semua kemudahan dan keperluan asas yang disediakan adalah mencukupi dan saya berterima kasih terhadap kerajaan yang sentiasa peka dengan nkeperluan rakyat terutamanya mangsa banjir," katanya.
Topic Berkaitan
#bencana banjir Johor
#buku teks tenggelam
#kampung dinaiki air
#Tangkak banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan