awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu tabah jaga bayi kepala besar di Gua Musang

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
04/05/2021
00:36 MYT
Ibu tabah jaga bayi kepala besar di Gua Musang
Wan Rosnani berkata, anaknya terpaksa disuap susu menggunakan tiub setiap tiga jam sekali selain memerlukan rawatan di Hospital Gua Musang. - Astro AWANI
GUA MUSANG: Seorang ibu di Kampung Batu 2, Gua Musang, Kelantan tabah menjaga bayi perempuannya yang menghidap penyakit Hydrocephalus atau lebihan cecair di bahagian otak serta bibir sumbing.
Wan Rosnani Wan Yusof, 41, berkata, ketika kandungannya berusia enam bulan, doktor mengesahkan anak kesembilannya, Suni Angun Abdullah yang kini berusia lima bulan, menghidap penyakit berkenaan.
Wan Rosnani berkata, anaknya terpaksa disuap susu menggunakan tiub setiap tiga jam sekali selain memerlukan rawatan di Hospital Gua Musang.
Katanya, kini anaknya itu kerap menangis terutamanya ketika waktu malam.
"Setakat ini doktor kata tidak boleh buat apa, kalau dibuat pembedahan sekali pun akan merisikokannya untuk hidup menggunakan mesin, jadi tidak tahulah bagaimana, hendak buat macam mana," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim turut prihatin dengan nasib bayi berkenaan.
"Hari ini saya hendak menzahirkan kepada anak kesembilan Rosnani yang istimewa ini. Kita akan lihat apakah bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada keluarga ini sama ada daripada kerajaan atau pihak lain terutama untuk mengubati penyakit anak ini," jelasnya.
Topic Berkaitan
#bayi
#lebihan cecair
#sumbing
#Wan Rosnani Wan Yusof
#Suni Angun Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan