SUNGAI PETANI: Ibu kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia selepas empat jam ditinggalkan dalam kereta pengetua tadika pada Selasa terkilan kerana tidak dimaklumkan terlebih dahulu kematian anaknya.
Nor Azira Abd Halim, 36, berkata dia hanya diberitahu anaknya yang berusia 3 tahun 11 bulan itu tidak sedarkan diri dan diminta datang ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
"Bila saya sampai, suami hanya telefon kata pergi hospital terus. Saya pun bergegas balik.
"Bila saya balik, suami kata pergi terus ke hospital. Mereka tak beritahu apa-apa dekat saya.
"Saya sampai hospital, saya tak tahu apa-apa. Cuma saya hairan kenapa ramai yang bagi laluan suruh saya masuk, sampailah saya nampak arwah atas katil Unit Forensik dah kena balut.
"Masa itu baru saya tahu anak saya dah tak ada.
"Wajah dia macam tidur, tapi naluri ibu, saya dapat rasa yang dia sakit sampai dia mati.
"Saya dapat rasa air muka dia tu sebab bibir dia gelap," kata Nor Azirah.
Nor Azirah ditemui ketika menuntut jenazah anaknya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Menurut Nor Azira, anaknya telah mengikuti pembelajaran di tadika berkenaan sejak tahun lalu dan dijemput kakitangan tadika di rumah yang terletak berdekatan pada jam 7.45 pagi hari kejadian.
Katanya, tiada sebarang reaksi perubahan ditunjukkan, malah sebelum keluar bekerja lepas subuh semalam, Nor Azirah melihat anaknya masih tidur dan meninggalkan anaknya disiapkan nenek untuk ke tadika.
Jelas ibu kepada tiga anak itu, sebelum ini, petugas tadika menjemput anaknya setiap pagi.
Tetapi selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka hanya menjemput anaknya pada Selasa dan Rabu sahaja. Selebihnya, dia sendiri akan menghantar anaknya kerana bekerja pada hari tertentu sahaja.
Menurut Nor Azira, anak bongsunya itu seorang yang ceria di rumah, namun agak pendiam apabila berada di sekolah.
Nor Azirah dalam pada itu menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk tindakan lanjut mengikut prosedur sekiranya berlaku kecuaian atau unsur jenayah.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Solihin selepas selesai bedah siasat.
BACA: Kanak-kanak meninggal dunia ditinggalkan lebih 4 jam dalam kereta pengetua
BACA: Pengetua tadika direman tiga hari bantu siasatan kes kanak-kanak mati dalam kereta
Astro Awani
Wed Mar 17 2021

Nor Azira berkata dia hanya diberitahu anaknya tidak sedarkan diri dan diminta datang ke hospital. - Foto Astro AWANI

Public Mutual isytihar pengagihan lebih daripada RM147 juta bagi 10 dana
Public Mutual muncul pemenang terbesar pada anugerah Refinitiv Lipper Fund Awards 2023 baru-baru ini, merangkul 19 anugerah dana individu.

Rauf akan teruskan agenda pembangunan negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh beri komitmen untuk teruskan agenda pembangunan negeri.

Puting beliung dahsyat melanda Little Rock
Puting beliung melanda Little Rock dan kawasan sekitarnya pada Jumaat, menerbangkan serpihan bumbung kenderaan di jalan raya.

Hannah Yeoh jumpa Zii Jia minggu depan
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia pada minggu depan.

JAIPs panggil Ustaz Wadi beri keterangan mengajar tanpa tauliah
Pendakwah itu didakwa mengajar tanpa tauliah di Markaz Tarbiyah Pas Kawasan Kangar, pada Khamis.

Lebih 81 hektar hutan terbakar di Thailand
Ratusan anggota bomba dan askar di Thailand sedang bertungkus-lumus memadam kebakaran hutan yang terletak kurang 100 kilometer (km) dari ibu negara, Bangkok.

Biden ikrar akan beri bantuan sehingga pulih
Presiden Joe Biden berikrar bahawa Kerajaan Persekutuan akan memastikan kawasan yang musnah akibat puting beliung kembali pulih.

Ribut pasir melanda Baghdad
Ribut pasir yang kuat melanda Baghdad, iraq pada Jumaat, mengurangkan jarak penglihatan bagi penduduk yang tinggal di ibu kota.

Tze Yong mahu cipta 'magis' di Dubai
Beliau sedia berdepan segala kemungkinan untuk menawan BAC 2023 selepas penampilan pertama di Filipina tahun lalu tidak berhasil.

Penerima dos penggalak kedua terus bertambah, kini 2.5%
KKM sangat menggalakan pengambilan dos penggalak bagi individu berisko 60 tahun ke atas, pesakit kronik dan individu mudah mendapat jangkitan COVID-19.

'Mangsa dipukul, dicucuh objek panas seluruh badan'
Polis mengesahkan berlaku penderaan ke atas seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang meninggal dunia ketika menerima di ICU, Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada Isnin.

Seorang kanak-kanak maut, 7 cedera dalam insiden tembakan di Chicago
Polis tawar ganjaran US$9,000 kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat sehingga tertangkapnya suspek.

Strok haba dipercayai punca kematian kanak-kanak ditemui dalam kereta di tadika
Mangsa ditemui terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk belakang kereta Proton Waja milik pengetua tadika pada Selasa.

Ibu terkilan tidak dimaklumkan kematian anak dalam kereta pengetua
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Solihin Sungai Petani selepas selesai bedah siasat.

Anak maut tertinggal dalam kereta, ibu masih terkejut pemergian mangsa
Ibu kepada kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia selepas tertinggal dalam kereta di Taman Aman, Lahad Datu, Rabu lalu, masih sukar menerima kehilangan mangsa.

Tertinggal dalam kereta, kanak-kanak meninggal dunia akibat kesan haba
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun sembilan bulan meninggal dunia selepas tertinggal dalam kereta yang dipandu ibunya di Taman Aman, dekat sini pada Rabu.

Bayi lelaki meninggal dunia selepas diambil dari taska
Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia beberapa jam selepas diambil dari taman asuhan kanak-kanak (taska) di Bandar Seri Botani, semalam.