awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu tunggal dan pencuci kereta dipenjara sebulan kerana curi

Bernama
Bernama
12/04/2016
09:45 MYT
Ibu tunggal dan pencuci kereta dipenjara sebulan kerana curi
Majistret Mohd Rehan Aris menjatuhkan hukuman itu terhadap P.Mageswary, 43, dan S.Loganathan, 33, dan memerintahkan mereka menjalani hukuman itu dari tarikh tangkap pada 10 April lepas. - Gambar fail
Seorang ibu tunggal dan seorang pencuci kereta masing-masing dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencuri di sebuah farmasi.
Majistret Mohd Rehan Aris menjatuhkan hukuman itu terhadap P.Mageswary, 43, dan S.Loganathan, 33, dan memerintahkan mereka menjalani hukuman itu dari tarikh tangkap pada 10 April lepas.
Mereka didakwa mencuri empat unit ubat Panadol, 26 botol penyegar mata dan satu tisu pelembab yang kesemuanya bernilai RM338.50 di Farmasi Wellness, AEON Metro Prima Kepong di sini pada 9.35 malam, 10 April lalu.
Kesalahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhd Faizal memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada kedua-dua tertuduh memandangkan mereka mempunyai rekod kesalahan lampau.
Muhammad Farith berkata Mageswary pernah didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan pada tahun 2006 manakala Loganathan pernah ditangkap mengikut Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan pada 2003 dan Seksyen 427 kanun sama pada 2004.
Mereka yang diwakili peguam Cyrus Tiu Foo Woei memohon hukuman ringan atas alasan tertuduh yang mempunyai ikatan persaudaraan itu berasal daripada keluarga miskin.
Katanya Mageswary ibu kepada enam orang anak itu juga menghidap penyakit asma manakala Loganathan perlu menanggung ibu dan empat adiknya.
Topic Berkaitan
#curi
#dipenjara
#farmasi
#ibu tunggal
#Mahkamah Majistret
#pencuci kereta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan