awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu tunggal terima banyak manfaat di bawah Belanjawan 2021

Bernama
Bernama
10/11/2020
04:55 MYT
Ibu tunggal terima banyak manfaat di bawah Belanjawan 2021
BPR yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2021 memberi kelegaan kepada rakyat Malaysia yang layak, terutama golongan ibu tunggal.
SEREMBAN:Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2021 memberi kelegaan kepada rakyat Malaysia yang layak, terutama golongan ibu tunggal dan mereka yang hilang pekerjaan.
Nur Shafura Abd Rahim, 36, yang berpisah dengan suami dua tahun lepas, merasa gembira dengan bantuan itu, lebih-lebih lagi selepas dia diberhentikan kerja sejak sebulan lepas berikutan pandemik COVID-19.
Bekas pengurus syarikat kontraktor itu berkata, bantuan BPR berjumlah RM1,800 boleh digunakan untuk menyara dua anaknya berusia tiga dan 10 tahun buat sementara waktu sebelum berjaya mendapat pekerjaan lain.
“Alhamdulillah, kerajaan banyak membantu orang yang dalam kesusahan seperti saya ini yang diduga dengan pelbagai masalah terutama kehilangan pekerjaan baru-baru ini. Bantuan sebegini dapat mengurangkan kos perbelanjaan khususnya membeli barangan keperluan anak-anak,” katanya kepada Bernama di sini, pada Isnin.
KUIZ BELANJAWAN: Kami mudahkan untuk anda. Jawab 9 soalan ini dan kami senaraikan semua yang anda akan dapat.
Selain BPR, Nur Shafura yang sebelum ini berulang-alik dari Seremban ke Kuala Lumpur, akan menerima kemudahan pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dan mendapat manfaat daripada Program Jaringan PRIHATIN bagi mendapat kemudahan Internet sebanyak RM180.
Nur Shafura juga akan menerima kemudahan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang menawarkan tempoh pemberian Elaun Mencari Pekerjaan dilanjutkan selama tiga bulan untuk tahun depan selain Bantuan Pembayaran Bersasar yang membolehkannya membuat pilihan menangguhkan ansuran bulanan selama tiga bulan atau mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50 peratus selama enam bulan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#BPR
#bantuan prihatin rakyat
#Belanjawan 2021
#ibu tunggal
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan