Skip to main content
Advertisement

Dunia

Guterres tegaskan tiada alternatif selain penyelesaian dua negara

Heavy machinery assists Civil Defence workers attempting to rescue those who are trapped beneath the rubble of a residential building, that had been damaged in an earlier Israeli strike during the war and collapsed on Wednesday, in Gaza City, September 16, 2026. REUTERS/Dawoud Abu Alkas TPX IMAGES OF THE DAY
Guterres berkata penyelesaian itu merupakan pendekatan paling berwibawa untuk menamatkan konflik yang berlarutan di wilayah berkenaan. - Foto fail/REUTERS
Advertisement

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, sekali lagi menegaskan bahawa penyelesaian dua negara kekal sebagai satu-satunya jalan yang mampu menjamin keamanan dan keselamatan berkekalan bagi rakyat Palestin dan Israel.

Menerusi hantaran di platform X, Guterres berkata penyelesaian itu merupakan pendekatan paling berwibawa untuk menamatkan konflik yang berlarutan di wilayah berkenaan.

Menurutnya, matlamat yang perlu dicapai adalah pembentukan dua negara yang merdeka, berdaulat dan demokratik, iaitu Israel dan Palestin, yang hidup bersebelahan secara aman dan selamat.

Beliau menegaskan bahawa tiada pilihan lain yang mampu menggantikan penyelesaian berasaskan dua negara itu.

Kenyataan tersebut dibuat ketika komuniti antarabangsa terus berusaha mencari jalan menamatkan konflik Palestin-Israel yang berlarutan, termasuk krisis kemanusiaan di Gaza dan ketegangan berterusan di Tebing Barat.

Guterres sebelum ini berulang kali menggesa semua pihak kembali kepada proses politik yang boleh membawa kepada penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka, hidup berdampingan dengan Israel berdasarkan prinsip yang dipersetujui masyarakat antarabangsa.

Isu penyelesaian dua negara kembali menjadi tumpuan dalam sidang Perhimpunan Agung PBB tahun ini apabila beberapa pemimpin dunia menekankan keperluan mencari penyelesaian jangka panjang bagi konflik yang telah berlarutan selama beberapa dekad.

Meskipun berdepan pelbagai cabaran politik dan keselamatan, PBB terus berpendirian bahawa penyelesaian dua negara adalah asas terbaik untuk mencapai keamanan yang berkekalan di Asia Barat.

 

 

Must Watch Video

Advertisement