THE HAGUE: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebulat suara mengarahkan Israel untuk mengambil semua tindakan yang perlu dan berkesan bagi memastikan bekalan makanan asas tiba tanpa sebarang penangguhan kepada penduduk Palestin di Gaza.
ICJ berkata, rakyat Palestin di Gaza menghadapi keadaan hidup yang teruk, kelaparan dan kebuluran semakin meruncing.
Hakim dalam perintah mereka berkata, mahkamah memerhatikan bahawa rakyat Palestin di Gaza tidak lagi hanya menghadapi risiko kelaparan tetapi kebuluran itu sedang berlaku.
Langkah baharu itu diminta oleh Afrika Selatan sebagai sebahagian daripada kes berterusannya yang menuduh Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
Pada bulan Januari, ICJ mengarahkan Israel untuk menghentikan sebarang tindakan yang boleh jatuh di bawah Konvensyen Genosid dan memastikan tenteranya tidak melakukan tindakan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Gaza.
Dalam perintah Khamis, mahkamah mengesahkan langkah Januari tetapi menambah, Israel mesti mengambil tindakan memastikan penyediaan perkhidmatan asas dan bantuan kemanusiaan tanpa halangan.
Ini termasuk makanan, air dan elektrik serta bekalan perubatan serta rawatan perubatan kepada rakyat Palestin di seluruh Gaza.
Para hakim menambah, ini boleh dilakukan "dengan meningkatkan kapasiti dan bilangan titik lintasan darat dan mengekalkannya terbuka selama yang diperlukan".
Mahkamah memerintahkan Israel menyerahkan laporan dalam tempoh sebulan selepas perintah itu untuk memperincikan bagaimana ia memberi kesan kepada keputusan berkenaan.
Astro Awani
Thu Mar 28 2024
ICJ berkata, rakyat Palestin di Gaza menghadapi keadaan hidup yang teruk, kelaparan dan kebuluran semakin meruncing. - Foto fail/REUTERS
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Negara Islam, Arab puji keputusan ICJ supaya Israel buka sekatan ke Gaza
Riyadh menyokong kesemua usaha menambah pembekalan bantuan kemanusiaan dengan segera dan mengurangkan krisis kemanusiaan yang meruncing di Gaza.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
ICJ berkata, rakyat Palestin di Gaza menghadapi keadaan hidup yang teruk, kelaparan dan kebuluran semakin meruncing.
Israel minta ICJ tidak keluar perintah baharu isu kebuluran di Gaza
Peguam Israel berkata permintaan berulang Afrika Selatan untuk langkah tambahan adalah penyalahgunaan prosedur.
Jumlah korban warga Palestin angkara serangan Israel mencecah 31,726 sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 81 warga Palestin maut dan 116 lagi cedera dalam 24 jam lepas berikutan serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt.
Gaza: Afrika Selatan teliti laporan Israel kepada ICJ sebelum ambil langkah susulan
Afrika Selatan sedang meneliti laporan yang dihantar Israel kepada ICJ mengenai langkah bagi mencegah genosid di Gaza sebelum memutuskan langkah seterusnya.
Hujahan Malaysia di ICJ sangat bermakna untuk Palestin - Dr Ang Swee Chai
UNRWA kini semakin berdepan kesukaran untuk menyalurkan bantuan akibat sekatan yang dikenakan.
Kekejaman Zionis: Israel fail laporan kepada ICJ mengenai Gaza
Sebelum ini, ICJ meminta Israel untuk menghalang tindakan perang di Gaza yang mungkin bersamaan pembunuhan beramai-ramai.
Gelombang kutukan dunia terhadap Israel kini amat besar - Mohamad Hasan
Gelombang kutukan dunia atas kekejaman Israel terhadap Palestin serta pencabulan terhadap hak rakyat negara itu kini amat besar, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.