BERIKUT adalah tajuk-tajuk utama minggu lalu termasuk kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber di Kunshan, China, warga Malaysia Kho Jabing yang menjalani hukuman gantung di Singapura dan pesawat EgyptAir yang terhempas di Laut Mediterranean.

ISNIN, 16 Mei:

Terlalu obses berkiblatkan GPS, wanita dan kereta terjunam ke dalam tasik

Seorang wanita di Kanada menerima satu pengajaran berguna dalam hidupnya, iaitu jangan sewenang-wenangnya mempercayai apa yang diarahkan oleh aplikasi GPS.

Kereta Toyota Yaris yang dipandu tenggelam sebelum berjaya dikeluarkan pada pagi Jumaat. - Foto/FB Tobermory Press Inc

Lelaki warga Malaysia mati ditembak di Hatyai

Seorang lelaki warga Malaysia mati ditembak ketika sedang menunggang motosikal menuju ke sebuah hotel di pekan Hatyai kira-kira pukul 3.30 pagi.

Mayat Mohd Nizam (gambar) dijumpai terbaring dengan kesan tembakan di dada dan punggungnya di Jalan Phadungpakdee. -Foto Bernama

Polis siasat penemuan pistol, 30 peluru hidup dalam kereta Safee Sali

Polis akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti pemilik sebenar pistol dan peluru yang dijumpai di dalam kenderaan milik pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim FC (JDT), Safee Sali.

Safee, 32, tiba di IPD JBU kira-kira 2.30 petang dan selesai memberi keterangan kira-kira sejam kemudian. -Gambar fail

SELASA, 17 Mei:

'Pengantin' kongsi rezeki, agih sarapan di tepi jalan

APABILA seorang lelaki berpakaian pengantin dilihat mengagihkan makanan di tepi jalan, perkara pertama yang mungkin terlintas di fikiran adalah makanan kenduri yang berlebihan untuk dikongsi bersama orang ramai.

Nor Hamidi akan mengagihkan sarapan percuma selama seminggu.Foto/FB D'Rias Bridal

Duit kemenangan untuk rawatan mata bapa - Siti Elizad

JUARA program Gempak Superstar, Siti Elizad Sharifuddin berhasrat menggunakan wang kemenangan untuk rawatan mata bapanya.

Siti Elizad mahu bantu kurangkan kesulitan yang ditanggung bapanya. - Foto Astro Gempak

RABU, 18 Mei:

JDT vs Pahang: 'Saya profesional, tiada belas kasihan' - Azamuddin Akil

'Saya profesional, tiada belas kasihan.' Itu reaksi bersahaja pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Azamuddin Akil, yang bertekad membantu JDT meraih kemenangan dalam perlawanan menentang pasukan negeri kelahirannya, Pahang.

Azamuddin Akil membawa bola dengan dikawal rapat pemain PDRM pada perlawanan Piala FA, April lalu. - fotoBERNAMA (2016)

KHAMIS, 19 Mei:

EgyptAir hilang: Pesawat terhempas ke selatan Pulau Karpathos - Sumber pihak berkuasa Greece

Pesawat EgyptAir yang hilang dari radar sewaktu dalam perjalanan dari Paris ke Kaherah pada awal Khamis terhempas di lautan ke selatan Pulau Karpathos, Greece, sumber pihak berkuasa penerbangan Greece memaklumkan kepada agensi berita AFP.

Pesawat EgyptAir hilang dari radar sewaktu dalam perjalanan dari Paris ke Kaherah.

JUMAAT, 20 Mei:

Kho Jabing digantung pada 3.30 petang di Singapura


Rakyat Malaysia yang disabit dengan kesalahan membunuh, Kho Jabing, menjalani hukuman gantungnya pada 3.30 petang tadi di Kompleks Penjara Changi di sini.

Jabing dari Miri, Sarawak, hari ini gagal dalam usaha mengetepikan pelaksanaan hukuman mati. - Gambar fail

SABTU, 21 Mei:

Piala Thomas 2016: Malaysia gagal ke final selepas tewas kepada Denmark 2-3


Harapan Malaysia untuk ke final kejohanan Piala Thomas 2016 kecundang apabila pemain perseorangan ketiga negara, Chong Wei Feng tewas kepada pemain Denmark, Emil Holst.

Pemain perseorangan ketiga negara, Chong Wei Feng (gambar) tewas kepada pemain Denmark, Emil Holst. - Foto BERNAMA


AHAD, 22 Mei:

Pegawai SPRM serbu banglo Guan Eng di Jalan Pinhorn

Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat serbuan di kediaman milik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn, Georgetown kira-kira pukul 3.10 petang.
Suasana di luar rumah Lim Guan Eng petang Ahad.