MALAYSIA
#ICYMI: Berita Pilihan Pengarang (23 - 29 Mei)
Senarai berita pilihan pengarang Astro AWANI untuk minggu bermula 23 Mei hingga 29 Mei 2016.
BERIKUT adalah senarai berita pilihan pengarang Astro AWANI untuk minggu bermula 23 Mei hingga 29 Mei 2016.
Antara tajuk-tajuk utama minggu lalu termasuk pemecatan Louis Van Gaal sebagai pengurus Manchester United, pembentangan rang undang-undang persendirian oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Johnny Depp dilarang dekati isteri, dan pengisytiharan beberapa pemimpin komponen BN untuk meletak jawatan sebagai menteri jika hudud dilaksanakan.
ISNIN, 23 Mei:
Louis Van Gaal dipecat daripada jawatan pengurus Manchester United
Louis Van Gaal telah dipecat daripada memegang jawatan Pengurus Manchester United, termasuk spekulasi menyatakan dia akan diganti oleh Jose Mourinho.
17 pelajar perempuan maut dalam kebakaran sekolah swasta di utara Thailand
Sekurang-kurangnya 17 pelajar perempuan maut dalam kebakaran yang berlaku di sebuah asrama sekolah swasta di utara Thailand lewat malam Ahad.
SELASA, 24 Mei:
Penduduk Perlis gempar dilanda ribut
Perlis dikejutkan dengan kejadian angin kencang disusuli ribut kuat kira-kira jam 2.30 petang Selasa, menyebabkan banyak pokok tumbang dan papan kenyataan berterbangan di sekitar negeri itu.
MAS arah BSI Bank di Singapura ditutup
Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) telah memberi notis kepada BSI Bank Ltd (BSI Bank) mengenai hasrat untuk menarik balik statusnya sebagai bank saudagar disebabkan perlanggaran serius keperluan anti pengubahan wang haram bank itu.
RABU, 25 Mei:
Cosby akan dibicara atas tuduhan seksual
Seorang hakim di Pennsylvania pada memutuskan bahawa legenda televisyen, Bill Cosby perlu dibicarakan atas tuduhan serangan seksual ke atas seorang wanita di Philadelphia pada 2004.
Pelajar Islam enggan bersalam bukan mahram cetus kontroversi di Switzerland
Pihak berkuasa wilayah Switzerland pada Rabu menegaskan, kepercayaan agama bukan alasan untuk tidak berjabat tangan dengan guru.
KHAMIS, 26 Mei:
Hadi kemuka sekali lagi pindaan hudud ke Parlimen
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi mengemukakan rang undang-undang persendirian berhubung pelaksanaan undang-undang jenayah syariah di Dewan Rakyat.
'Pemecatan Husam sah, surat sampai atau tidak hanya isu teknikal'
Pemecatan bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa sebagai ahli parti adalah sah, kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
JUMAAT, 27 Mei:
Ada yang salah faham dengan usul RUU Persendirian dibentang Hadi - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui berlaku salah faham kalangan parti komponen BN berhubung usul Rang Undang-undang (RUU) Persendirian yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Khamis.
Mesyuarat MT UMNO tidak bincang kedudukan Muhyiddin
Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Jumaat tidak membincangkan mengenai kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digantung jawatan sebagai Timbalan Presiden parti.
SABTU, 28 Mei:
Mahkamah keluar perintah larangan Johnny Depp dekati isteri
Hakim Mahkamah Agung Los Angeles mengeluarkan larangan terhadap pelakon terkenal, Johny Depp daripada mendekati isterinya, Amber Heard.
Idris Haron terlibat kemalangan kecil di Lebuhraya PLUS
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron terselamat dalam kemalangan jalan raya di KM 268 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berdekatan Seremban sekitar 6.50 petang Jumaat.
AHAD, 29 Mei:
Polis nafi berat sebelah kes ADUN Kedah pukul lelaki
Polis telah merakam percakapan individu yang mendakwa dipukul oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Datuk Azmi Che Hussain di hadapan kompleks beli belah Aman Central di sini pada 15 Mei lalu.
Hudud: Presiden MIC mahu letak jawatan, akan bawa isu kepada Kabinet
Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramaniam menjadi Presiden ketiga parti komponen BN yang mengisytiharkan akan meletak jawatan daripada kabinet jika hudud dilaksanakan.
Real Madrid menangi Liga Juara-Juara selepas tewaskan Atletico Madrid
Real Madrid berjaya memenangi saingan Liga Juara-Juara Eropah 2015/2016 apabila menewaskan Atletico Madrid menerusi sepakan penalti, 5-3 setelah terikat 1-1 selepas masa tambahan.