awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Idham dilantik Setiausaha Kebudayaan, Eizlan Perunding Kreatif di Kementerian Luar

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
01/11/2021
04:20 MYT
Idham dilantik Setiausaha Kebudayaan, Eizlan Perunding Kreatif di Kementerian Luar
Pelantikan Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan Eizlan Yusof berkuat kuasa hari ini, umum Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah. - Gambar fail Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang meninggalkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) awal bulan lalu kini dilantik sebagai Setiausaha Kebudayaan, Kementerian Luar.
Selain pengarah dan penerbit itu, pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof turut dilantik sebagai Perunding Kreatif kementerian itu.
Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah memaklumkan, pelantikan kedua-dua anak seni bagi jawatan baharu itu berkuat kuasa hari ini.
[TERKINI] Kementerian Luar umum dua pelantikan baharu anak seni
Beliau memberitahu, pelantikan mereka adalah selaras dengan objektif membangunkan Diplomasi Budaya Malaysia di bawah Kerangka Dasar Luar Malaysia yang bertujuan untuk mewujudkan kaedah baharu bagi mempamerkan identiti dan nilai kebangsaan di samping memaparkan nilai-nilai kepelbagaian dan kepelbagaian budaya serta menggalakkan promosi dan pertukaran budaya.
"Saya yakin bahawa Ahmad Idham dan Eizlan akan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan dedikasi dan jayanya," katanya.
Saifuddin menjelaskan, selain pernah menjawat jawatan sebagai CEO Finas, pengalaman Ahmad Idham dalam industri kreatif selama 25 tahun dan memenangi anugerah antarabangsa di Pesta Filem Chunsa Korea pada 2018 adalah antara faktor pelantikan beliau itu.
Sementara katanya, Eizlan pula merupakan seorang yang tidak asing dalam industri ini dan pernah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti serta memenangi pelbagai anugerah di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Bagi mempromosikan Diplomasi Budaya, Jawatankuasa Seni dan Budaya (ARCA) akan ditubuh di bawah Pejabat Menteri untuk mengukuhkan usaha dalam meletakkan seni Malaysia sebagai saluran berkesan dalam mempromosikan warisan sejarah dan budaya negara.
Topic Berkaitan
#Eizlan Yusof
#Ahmad Idham
#FINAS
#Kementerian Luar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan