TAIPING: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata pihaknya menghormati keputusan Kerajaan Negeri Selangor yang menetapkan hanya jemaah lengkap dua dos vaksin COVID-19 dan dos penggalak dibenar menunaikan solat Jumaat di masjid serta surau di negeri itu.
Beliau berkata, keputusan itu ditentukan Majlis Agama Islam Negeri dan bukan diarah oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
"Penentuan hal ehwal agama semua ini milik Majlis Agama Islam Negeri, KKM tidak mengarahkan tetapi itu keputusan setiap negeri.
"Mesyuarat Kabinet baru-baru ini juga tidak mengeluarkan arahan... saya tidak boleh campur tangan dan kena hormat keputusan tersebut kerana ia hak negeri itu," katanya dalam sidang media pada Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Kawasan Bukit Gantang 2022 kepada 50 pelajar hari ini.
Idris berkata, pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) di masjid sebelum ini juga berbeza antara negeri seperti pelaksanaan solat Jumaat yang terhad kepada 12 orang di Selangor manakala negeri lain membenarkan bilangan jemaah lebih ramai.
Terdahulu, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Hakimah Mohd Yusoff dalam kenyataan hari ini memaklumkan, SOP itu hanya terpakai di Selangor manakala negeri lain masih seperti biasa dan tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.
Selasa lepas, Jabatan Agama Islam Selangor melalui Surat Pekeliling bertarikh 21 Feb lepas menetapkan syarat bahawa jemaah perlu lengkap dua dos vaksin serta menerima dos penggalak bagi menunaikan Solat Jumaat mulai 25 Feb lepas.
Polis juga dilaporkan sedang menjalankan siasatan berhubung video tular berdurasi 29 saat yang memaparkan anggotanya menjalankan pemantauan SOP solat Jumaat di sebuah masjid di Puchong pada Jumaat lepas.
Semakan polis mendapati video yang dimuat naik seorang pemilik akaun Facebook itu berlaku pada kira-kira 1 tengah hari ketika anggota berpangkat Koperal menjalankan tugas rutin memantau SOP solat Jumaat dan SOP di kawasan pentadbiran Balai Polis Bukit Puchong.
Anggota itu turut memberi penerangan berkaitan SOP terbaharu Selangor bagi jemaah yang ingin menunaikan solat Jumaat di masjid atau surau di negeri tersebut. - BERNAMA
Bernama
Sun Feb 27 2022
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menghormati keputusan kerajaan Selangor yang menetapkan hanya jemaah lengkap dua dos vaksin COVID-19 dan dos penggalak dibenar menunaikan solat Jumaat di di masjid serta surau di negeri itu.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Kerajaan rakam penghargaan, jawatankuasa masjid berjaya patuh SOP
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia selepas pihaknya menerima maklum balas positif daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang melakukan pemantauan semalam.