awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IED dalam kereta dipercayai punca letupan di Nilai - Polis

Sinar Harian
Sinar Harian
22/12/2025
11:30 MYT
IED dalam kereta dipercayai punca letupan di Nilai - Polis
Forensik PDRM menjalankan siasatan di lokasi. -Foto Sinar Harian
NILAI: Polis Negeri Sembilan mengesahkan penemuan beberapa objek disyaki peranti bahan letupan buatan sendiri atau Improvised Explosive Device (IED) susulan kejadian letupan yang berlaku di kawasan Desa Palma, di sini, pada Isnin.

Ringkasan AI
  • Polis Negeri Sembilan mengesahkan penemuan beberapa objek disyaki peranti bahan letupan buatan sendiri di Desa Palma selepas kejadian letupan.
  • Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, menerima maklumat melalui panggilan NG MERS 999 daripada orang awam berhubung objek meletup dan paku di kawasan kejadian.
  • Siasatan terhadap kes letupan tersebut mengikut Seksyen 4 Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya serta Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam melalui panggilan NG MERS 999 kira-kira jam 7.08 pagi berhubung kewujudan objek meletup serta paku yang bertaburan di kawasan berkenaan.
"Sepasukan polis segera digerakkan ke lokasi kejadian dan hasil maklumat saksi awam mendapati letupan dipercayai berpunca daripada sebuah kenderaan.
“Pemeriksaan lanjut ke atas rumah-rumah berhampiran telah membawa kepada penemuan tiga objek disyaki IED di dalam salah sebuah rumah,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Menurutnya, kira-kira 250 meter dari lokasi kejadian, polis turut menemui kenderaan yang disyaki menjadi punca letupan terbabit.
Jelas beliau, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan berkenaan turut menemui beberapa peralatan dan bahan yang disyaki digunakan dalam kejadian itu.
"Kes kini disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya serta Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
"Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan," katanya.
Tambahnya, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan.
"Polis akan terus memantau perkembangan kes dan maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,"katanya. -Sinar Harian

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apa yang ditemui oleh Polis Negeri Sembilan selepas kejadian letupan di Desa Palma? A: Polis Negeri Sembilan menemui beberapa objek disyaki peranti bahan letupan buatan sendiri di kawasan kejadian.
  • Q: Siapakah yang memberikan maklumat kepada pihak polis berhubung kejadian letupan? A: Maklumat diterima daripada orang awam melalui panggilan NG MERS 999 kira-kira jam 7.08 pagi.
  • Q: Apa tindakan yang diambil oleh pihak polis berhubung siasatan kes letupan tersebut? A: Pihak polis sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 4 Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya serta Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Topic Berkaitan
#bahan letupan buatan sendiri
#Desa Palma Nilai
#Polis Negeri Sembilan
#IED
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan