DEMI solidariti kepada rakyat Palestin, selebriti dan usahawan popular, Ifa Raziah menghimpunkan barisan selebriti dan pengunjung di Himpunan Kemanusian Palestin di Juru Auto City, Pulau Pinang, baru-baru ini.
Program tersebut dirangka sebagai salah satu aktviti dalam acara Starvendors Penang Foodstival 2023 yang berlangsung pada 10 hingga 12 November lalu.
Selaku Ketua Pegawai Eksekutif Starvendors, Ifa atau Saripah Raziah Mustapha bersyukur dan berterima kasih kepada pengunjung yang hadir ke himpunan tersebut bagi menunjukkan tanda solidariti kepada saudara Islam di bumi Gaza.
“Himpunan ini adalah yang pertama diadakan di Juru, Pulau Pinang. Dalam kita bergembira, jangan dilupakan saudara Islam kita di Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim zionis Israel.
“Kami di sini turut bersedih dengan apa yang berlaku di sana. Angka kematian terus meningkat kepada lebih 11,000 orang yang membabitkan lebih 4,500 kanak-kanak, lebih 3,000 wanita dan lebih 600 warga emas, selain lebih 27,000 cedera,” katanya.
Antara pengisian program berkenaan adalah kehadiran pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar yang menyampaikan tazkirah berkenaan peperangan di Gaza.
“Selain ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Wadi, kami juga bersama Pertubuhan Khidmat Ummah turut membuat kutipan untuk Misi Bantuan Palestin yang akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan di sana.
“Ingat, anak Melayu, Cina, India dan Palestin itu semua adalah anak kita!,” ujarnya.
Bercakap tentang Starvendors Penang Foodstival, kata Ifa, dia membawa lebih 45 selebriti dan pempengaruh media sosial tanah air bagi memeriahkan karnival tersebut.
“Alhamdulillah, kita berjaya pecahkan rekod Malaysia Book of Records untuk penganjuran festival makanan di Pulau Pinang.
“Selain kita berjualan, ada juga booth artis seperti Mila Jirin yang hasil jualannya itu akan di sumbangkan ke Tabung Palestin.
“Terima kasih kepada semua barisan selebriti, pempengaruh, vendors dan penaja-penaja kami yang terus memberi sokongan kepada Starvendors,” katanya.
Astro Awani
Wed Nov 15 2023
Himpunan Kemanusian Palestin dirangka sebagai salah satu aktviti dalam acara Starvendors Penang Foodstival 2023 pada 10 hingga 12 November lalu.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan Pelan Tindakan Pendidikan, Penghargaan Rukun Negara
Pelan tindakan ini menggariskan modus operandi melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Ifa Raziah himpunkan selebriti, pengunjung di Himpunan Kemanusian Palestin
Selebriti dan usahawan popular, Ifa Raziah menghimpunkan barisan selebriti dan pengunjung di Himpunan Kemanusian Palestin di Juru Auto City, Pulau Pinang, baru-baru ini.
Isu video gelek, Ifa Raziah mohon maaf kepada Kerajaan Negeri Melaka
Susulan tersebarnya video yang disifatkan tidak sopan di acara Starvendor Foodstival Melaka 2023 baru-baru ini, CEO Star Vendors Event Sdn Bhd iaitu Ifa Raziah tampil memberi penjelasan.
'Saya akan tegur dia' - Didie Alias nasihat Ifa Raziah agar berpada-pada
Gaya promosi juga perlu diberi perhatian agar objektif untuk menggalakkan pengunjung datang ke acara yang dikelolakan tercapai.
Didakwa 'beli' gelaran Datuk, Ifa Raziah jawab tuduhan netizen
Ifa juga mendedahkan tidak suka bersikap hipokrit dan selasa menjadi diri sendiri.
Anjur acara 75 jam tanpa henti, Ifa Raziah terima sijil Malaysia Book of Records
Program yang berlangsung pada 22 hingga 25 April lalu itu diadakan di WTC bersama kehadiran selebriti yang turut mengadakan jualan.
'Mudah-mudahan sedar koma' - Ifa Raziah mohon doa buat ibu mertua
Ifa berkongsi sebuah video di perkarangan tempat menunggu serta melahirkan rasa syukur kerana ibu mertuanya memberi respon yang positif.
Peluk Ifa Raziah, ini penjelasan Boy Iman
Pelakon dan pengarah urusan DBI Properties, Datuk Nuruliman A. Rahman atau Boy Iman mengakui mempunyai alasan tersendiri kenapa memeluk penyanyi Ifa Raziah.
'Saya bukannya berbogel ...' - Ifa Raziah
Penyanyi Ifa Raziah, kesal apabila ada pihak mempertikaikan tindakkanya memuat naik video di laman Instagram (IG) memaparkan dirinya tampil seksi dengan gaun ketat singkat dan tanpa lengan.
"Buat laporan polis untuk dilindungi, tak tuduh Ifa cuba bunuh saya"- Roslan Shah
Pengacara Roslan Shah menjelaskan dia tidak menuduh mana-mana pihak termasuklah penyanyi Ifa Raziah yang kononnya mengupah pembunuh menembak dirinya dalam laporan polis yang dibuat pada 16 Januari.
Kurus cara sendiri, Ifa Raziah tidak lakukan sedut lemak
Personaliti serba boleh dan versatil, Ifa Raziah menafikan sekeras-kerasnya dia membuat prosedur sedut lemak untuk mendapatkan bentuk badan seperti sekarang.