awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guna air secara berhemah susulan musim kemarau, pengairan padi - PBAPP
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre
Bomba Negeri Sembilan terima 219 panggilan kes pembakaran terbuka sepanjang Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

i-Guru saran tubuh Pelan Pemulihan Pendidikan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
28/08/2021
09:06 MYT
i-Guru saran tubuh Pelan Pemulihan Pendidikan
Jurang digital antara sekolah bandar dan luar bandar perlu diberikan tumpuan termasuk menaiktaraf jaringan infrastruktur - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) menyarankan Kementerian Pendidikan (KPM) merangka Pelan Pemulihan Pendidikan bagi menangani isu pendidikan ketika pandemik.
Presidennya, Mohd Azizee Hasan berkata pelan tersebut sekali gus dapat mengatasi masalah keciciran Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Jelas beliau, melalui pelan tersebut, jurang digital antara sekolah bandar dan luar bandar perlu diberikan tumpuan termasuk menaik taraf jaringan infrastruktur.
"Benda yang perlu diselesaikan ialah pemberian alat peranti seperti mana yang diwar-warkan oleh Menteri Kanan Pendidikan untuk memberikan 150,000 laptop kepada pelajar. Adakah perkara ini telah diselesaikan?
"Jadi, perkara ini perlu dilihat supaya tidak ada lagi berlaku keciciran dan kita boleh bergerak ke depan untuk mendepani pembelajaran digital," katanya kepada Astro AWANI, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Azizee berkata kokurikulum dan komposisi guru juga perlu ditingkatkan serta diperkasakan dengan kemahiran digital.
Selain itu, tenaga pengajar dan para pelajar perlu diberikan vaksin sebelum pembukaan semula sekolah, tambahnya.
Katanya lagi, langkah tersebut boleh meningkatkan keyakinan ibu bapa tentang keselamatan dan kesihatan anak-anak mereka ketika berada di sekolah.
Dalam perkembangan sama, beliau turut menyarankan KPM menubuhkan Majlis Tindakan Pendidikan yang dianggotai perbagai pihak termasuk pakar kesihatan dan pendidikan, wakil ibu bapa serta pihak pembangkang.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#Pelan Pemulihan Pendidikan
#Pendidikan COVID-19
#Vaksinasi pelajar
#Mohd Azizee Hasan
#PdPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan