awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IIM, Yayasan Pahang anjur anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah 2020

Kenyataan Media
Kenyataan Media
21/10/2021
11:15 MYT
IIM, Yayasan Pahang anjur anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah 2020
IIM dalam satu kenyataan berkata, penganjuran anugerah tersebut adalah julung kali diadakan di Pahang, dan Malaysia.
KUALA LUMPUR: Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pahang menganjurkan Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah 2020 (AIGA 2020) sebagai salah satu usaha mengorak langkah untuk meningkatkan integriti dan memantapkan tadbir urus serta membanteras rasuah.
IIM dalam satu kenyataan berkata, penganjuran anugerah tersebut adalah julung kali diadakan di Pahang, dan Malaysia.
"Majlis Anugerah yang akan berlangsung pada 26 Oktober 2021 ini merupakan kesinambungan kepada penganjuran AIGA 2020 yang telah berlangsung sejak dari November 2020.
"Walaupun cabaran pandemik COVID-19 yang sedikit sebanyak merencatkan kelancaran anugerah ini, namun berbekalkan kepada bantuan dan sokongan padu pelbagai pihak terutamanya Kerajaan Pahang telah menjadikan AIGA 2020 ini dapat direalisasikan dengan jayanya," demikian menurut kenyataan tersebut, hari ini.
Jelas IIM lagi, bagi penganjuran pertama AIGA 2020, penyertaan dibuka khas kepada organisasi kerajaan dan swasta yang beroperasi khusus di Negeri Pahang.
Katanya, setakat ini sambutan yang diberikan sangat memberansangkan selepas menyaksikan sebanyak 41 buah organisasi merangkumi sektor awam dan swasta telah menyertai anugerah tersebut.
IIM menambah, sambutan luar biasa itu menunjukkan komitmen ramai pihak tentang pentingnya pengamalan budaya integriti dan tadbir urus baik dalam organisasi.
Mengenai penilaian anugerah pula, IIM berkata ia dijalankan secara lebih inklusif dan merangkumi semua aspek meliputi pengurusan integriti, tadbir urus dan usaha-usaha antirasuah dalam organisasi yang mengambil bahagian, dengan mengambil ilham daripada Sistem Pengurusan Anti Rasuah (MS ISO : 37001) dan Garis Panduan Tatacara Mencukupi.
Selain IIM dan Yayasan Pahang, AIGA 2020 turut mendapat kerjasama penganjuran daripada beberapa rakan strategik terutamanya Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), SIRIM QAS International Sdn. Bhd., Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG) dan Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH).
Topic Berkaitan
#Anugerah Integriti Governans dan Antirasuah
#AIGA 2020
#integriti
#IIM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan