awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IKHLAS serah memo kepada PM, mohon tangguh perobohan Ampang Park

Bernama
Bernama
13/06/2017
11:29 MYT
IKHLAS serah memo kepada PM, mohon tangguh perobohan Ampang Park
Peniaga mengambil kesempatan untuk berniaga di Ampang Park buat kali terakhir sempena Aidilfitri yang bakal menjelang, ketika tinjauan Bernama 3 Jun, 2017. --fotoBERNAMA
Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) hari ini menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memohon agar cadangan merobohkan pusat beli-belah Ampang Park di ibu negara ditangguhkan sehingga selesai pilihan raya umum akan datang.
Memorandum itu diserahkan oleh Presiden IKHLAS Mohd Ridzuan Abdullah bersama kira-kira 200 penyewa lot kedai di Ampang Park kepada Pegawai Khas Perdana Menteri, Nik Mohammed Husin Nik Mohamed Ali di Bangunan Perdana Putra di sini.
"IKHLAS merayu kepada Perdana Menteri supaya perobohan Ampang Park ditangguh sehingga selepas pilihan raya umum ke-14," demikian antara yang dinyatakan dalam memorandum itu.
Penangguhan itu juga bagi mengelakkan perkara tersebut dijadikan isu politik oleh pembangkang.
Ampang Park dibina pada 1972 dan dibuka kepada orang ramai pada 15 Mac 1973, menjadikannya kompleks beli-belah pertama di Malaysia.
Cadangan merobohkan kompleks itu bertujuan memberi laluan kepada pembinaan Projek Transit Aliran Massa (MRT).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ampang Park
#ikhlas
#memorandum
#Mohd Ridzuan Abdullah
#Najib Razak
#roboh
#tangguh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan