awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iklan pakej umrah perlu kelulusan Pesuruhjaya Pelancongan bermula 1 Feb

Bernama
Bernama
11/11/2021
23:52 MYT
Iklan pakej umrah perlu kelulusan Pesuruhjaya Pelancongan bermula 1 Feb
Setiap iklan umrah yang diluluskan akan diberi nombor siri khas yang perlu dipaparkan. - Gambar fail/Twitter Haramain Sharifain
KUALA LUMPUR: Pengendali pelancongan berlesen atau mana-mana syarikat pengendali umrah tidak dibenar mengiklankan tawaran pakej tanpa kelulusan Pesuruhjaya Pelancongan bermula 1 Feb tahun depan.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan semalam memaklumkan penguatkuasaan itu berdasarkan Peraturan 6(1A) (a), Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482], sebagai langkah mengenal pasti iklan haram pakej umrah.
Menurut kenyataan itu, perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) dipengerusikan Menteri berkenaan Datuk Seri Nancy Shukri semalam, yang turut disertai wakil Kementerian Luar Negeri; Jabatan Imigresen Malaysia; Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji; Lembaga Tabung Haji; Polis Diraja Malaysia; persatuan-persatuan pengendali umrah dan agensi lain yang berkaitan.
"Mana-mana syarikat pengendali umrah yang mengiklankan pakej umrah tanpa kelulusan Pesuruhjaya Pelancongan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan setiap iklan umrah yang diluluskan akan diberi nombor siri khas yang perlu dipaparkan dan borang permohonan boleh dimuat turun di www.motac.gov.my.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pesuruhjaya Pelancongan
#iklan pakej umrah
#syarikat pengendali umrah
#Majlis Kawal Selia Umrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan