awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IKN lancar Galeri Inspirasi Seni, beri semangat kepada pesakit kanser

Bernama
Bernama
25/10/2022
09:41 MYT
IKN lancar Galeri Inspirasi Seni, beri semangat kepada pesakit kanser
Mereka yang hadir pada majlis perasmian Galeri Inspirasi Seni IKN oleh Pengerusi Yayasan Budi Penyayang Malaysia Nori Abdullah (tengah) di sini hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Institut Kanser Negara (IKN) hari ini melancarkan Galeri Inspirasi Seni IKN buat julung kalinya dengan kerjasama Novartis Malaysia, bagi meraikan kekuatan dan kemandirian pesakit kanser dalam mengharungi penyakit berkenaan.
Bertemakan 'Senyuman dan Harapan', Pengarah IKN Dr Mohd Anis Haron berkata galeri seni itu dilihat, sebagai satu platform untuk pesakit kanser memberi inspirasi kepada pesakit lain, dengan berkongsi pengalaman mereka melawan penyakit itu melalui seni mewarna.
"Idea ini tercetus daripada salah seorang pakar kami iaitu bekas Pengerusi Persatuan Pendidikan Perubatan IKN Dr Noraini Ab Rahim pada tahun 2019, sewaktu beliau di luar negara kaedah seni ini dilihat satu terapi membantu pesakit kanser, dalam menghadapi penyakit terbabit.
"Saya pun bersetuju dengan cadangan ini, kerana percaya kaedah rawatan dalam mengharungi penyakit ada bermacam-macam cara, dan seni juga merupakan salah satu kaedah," katanya pada majlis perasmian Galeri Inspirasi Seni IKN oleh Pengerusi Yayasan Budi Penyayang Malaysia Nori Abdullah di sini hari ini.
Kira-kira lebih 10 lukisan hasil daripada pesakit kanser, pekerja IKN dan beberapa pelukis luar dipamerkan di galeri itu.
Dr Mohd Anis berharap dengan adanya platform berkenaan, ia akan dapat membantu para pesakit merawat dan 'mengalirkan' segala tekanan dan rasa sakit mereka, melalui penghasilan karya mewarna itu.
Sementara itu, Presiden Novartis Malaysia dan Brunei, Elwakil Mohamed berkata kerjasama itu penting bagi meningkatkan kesedaran khususnya pesakit kanser payudara, mengenai saringan awal dan terapi inovatif yang mampu meningkatkan kualiti hidup.
"Walaupun terdapat kelaziman kanser payudara di Malaysia, pemahaman tentang perkara ini masih rendah, saya berharap inisiatif bersama Novartis Malaysia ini akan dapat menghidupkan semula semangat pesakit, untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan yang betul," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Institut Kanser Negara
#IKN
#Galeri Inspirasi Seni IKN
#pesakit kanser
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan