SHAH ALAM: Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) menafikan tuduhan bersekongkol dengan kumpulan menentang usaha memperkasakan Islam seperti mana yang tular di aplikasi WhatsApp.
Presidennya, Badlishah Sham Baharin berkata, dakwaan itu turut dikaitkan dengan gambar peguam, Nik Elin dan seorang lagi individu yang kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim.
Ujar beliau, tuduhan tersebut adalah fitnah semata-mata dan tidak berasas serta berniat jahat.
“Individu yang ditunjukkan dalam foto tersebut bukan ADUN Kota Lama.
“Ikram tidak terlibat dalam mana-mana dasar atau pemahaman dibawa oleh individu bernama Nik Elin atau kumpulan yang sealiran pemikiran dengannya.
“Oleh itu, IKRAM meminta tuduhan ini ditarik balik dan sebaran fitnah tersebut segera dihentikan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Badlishah menegaskan, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kerana tuduhan liar dan tanpa asas itu telah mencemarkan nama baik pertubuhan serta ahli.
Tambah beliau, pertubuhan tersebut sentiasa komited dalam sebarang usaha untuk memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan.
“IKRAM menganjurkan pendekatan Islam wasatiy yang menekankan keseimbangan, keadilan dan kecemerlangan.
“Kami menolak segala bentuk amalan fitnah, mengkafirkan sesama orang Islam, menggunakan kata-kata kesat dan sebarang bentuk ekstremisme, radikalisme yang merosakkan keharmonian serta mengeruhkan perpaduan rakyat Malaysia,” ujarnya.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Aug 21 2023
Ujar Badlishah tuduhan tersebut adalah fitnah semata-mata dan tidak berasas serta berniat jahat. - Gambar fail/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Ciri-ciri Malaysia Negara Rahmah pada kategori sederhana - Kajian IKRAM
Kajian Indeks Malaysia Negara Rahmah dilakukan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), mendapati pencapaian kebangsaan bagi Ciri-ciri Negara Rahmah bagi tahun 2022 adalah pada skor 6.47.
Kerja pembaikan dua kawasan mendap di Jalan Taman U Thant akan disegerakan
Antara kerja-kerja pembaikan yang akan dilakukan ialah penyelenggaraan longkang dan kerja yang bersesuaian bagi memastikan masalah di kawasan ini diatasi sepenuhnya dan tidak berulang.
Tidak perlu bubar, JAKIM masih relevan - IKRAM
Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) menegaskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) masih relevan dan tidak perlu dibubarkan atau dimansuhkan seperti desakan sesetengah pihak.
Malaysians Against Pornography: Perang berhabis-habisan terhadap barah pornografi
Mothers Against Pornography merupakan satu penggerak kesedaran keburukan pornografi yang sudah mendapat perhatian orang ramai dan bukan sahaja golongan ibu sahaja.
Pertingkat kawal selia di pusat tahfiz - IKRAM
IKRAM berharap pendedahan demi pendedahan insiden di pusat-pusat tahfiz baru-baru ini dapat memberikan kesedaran perihal pentingnya satu sistem kawal selia dan jaminan kualiti dipertingkat.
Kawasan tebing dan cerun Bukit Kerinchi pula terhakis
Ekoran kebimbangan berlaku kejadian tanah runtuh, Majlis Pengurusan Pantai Panorama meminta Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM), membuat pemeriksaan cerun di kawasan berkenaan