awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ikrar palsu, dua lelaki ditahan seludup air zamzam di Kota Bharu

Bernama
Bernama
24/10/2024
09:21 MYT
Ikrar palsu, dua lelaki ditahan seludup air zamzam di Kota Bharu
Kesemua air zamzam berkenaan adalah untuk pasaran tempatan dan modus operandi sindiket ini membuat pengikraran palsu semasa proses pengimportan untuk mengaburi pihak berkuasa. - Gambar/ JKDM
KOTA BHARU: Jabatan Kastam Kelantan menahan dua lelaki disyaki menyeludup 6,719 liter air zamzam dianggarkan bernilai RM146,237 termasuk cukai pada 14 Okt lepas.
Pengarah Kastam Kelantan Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata kesemua air zamzam itu ditemukan dalam sebuah stor penyimpanan dan dua premis perniagaan di sekitar sini.
Beliau berkata kesemua air zamzam berkenaan adalah untuk pasaran tempatan dan modus operandi sindiket ini membuat pengikraran palsu semasa proses pengimportan untuk mengaburi pihak berkuasa.
"Kesemua air zamzam itu dirampas dan ia merupakan barang larangan yang mana pengimportannya dibenarkan dengan syarat mempunyai lesen import selaras dengan Butiran 35, Bahagian I, Jadual III, Perintah Larangan (Larangan Mengenai Import) 2023 dan perlu mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air zamzam
#Kota Bharu
#Lari cukai
#kastam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan