KOTA KINABALU: Status pengiktirafan Sabah dan Sarawak sebagai Wilayah bakal memberi kelebihan sekali gus mengukuhkan kedudukan kedua-dua negeri itu khususnya dari segi pelaksanaan autonomi negeri masing-masing.
Jelas Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, ia juga merupakan laluan untuk mengembalikan hak Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Menurutnya, hak autonomi Sabah dan Sarawak yang termaktub dalam MA63 adalah keistimewaan sedia ada untuk kedua-dua negeri tersebut.
"Kita dah luluskan di Parlimen. Sebenarnya Rang Undang-Undang 112D itu telah pun diluluskan dan bukan tiada keperluannya. Ia memang itu salah satu kelainannya daripada entiti yang sedia ada untuk membolehkan supaya Sabah dan Sarawak (dijadikan) wilayah, ia bukan sebuah negeri," katanya.
Beliau mengulas kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bahawa status Sabah dan Sarawak perlu kekal sebagai negeri.
Terdahulu Mohd Shafie hadir ke Majlis Tahun Baharu Cina Naib Presiden Warisan, Datuk Junz Wong di Tanjung Aru pada Selasa.
Sambil memberi contoh Ahli Parlimen Semporna itu berkata, Sabah dan Sarawak mempunyai undang-undang imigresen serta bidang kuasa hak tertentu yang berbeza dari Semenanjung berdasarkan MA63.
"Pasal apa kita nakkan supaya ianya diiktiraf sebagai wilayah kerana ada beberapa peruntukan di antara beberapa negeri yang ada.
"Di antara Sabah dan Sarawak, Sarawak mempunyai bidang kuasa negeri imigresen, Sarawak mempunyai bidang kuasa tertentu dalam Perjanjian MA63. Yang itu tidak termaktub kepada negeri-negeri lain sama ada dari negeri Perlis sampai ke Johor," ujar Shafie
Abdul Hafiz Mustadi
Tue Jan 24 2023

Mohd Shafie hadir ke Majlis Tahun Baharu Cina Naib Presiden Warisan, Datuk Junz Wong di Tanjung Aru pada Selasa. - Foto Astro AWANI.

Malaysia terjemah kekuatan pusat data kepada manfaat ekonomi mampan
Kemunculan Malaysia sebagai peneraju utama pusat data serantau pada masa ini semakin ketara.

Hampir 300 penumpang diselamatkan selepas kabel voltan tinggi jatuh atas tren di Australia
Pihak berkuasa tempatan dan pasukan penyelamat telah berusaha membawa keluar penumpang dengan selamat dari tren.

RM4.7 juta kos baiki 14 masjid, 37 surau kritikal di Johor
Sebanyak 14 masjid dan 37 surau di Johor dikenal pasti dalam keadaan kritikal serta perlu dibaiki dengan anggaran kos keseluruhan RM4.7 juta.

'Kita tidak boleh biarkan penduduk Gaza kebuluran' - PM UK
UK menolak sebarang penempatan haram di Tebing Barat dan menekankan tuntutan agar bantuan kemanusiaan ke Gaza ditingkatkan secara besar-besaran.

Tebing runtuh: Laluan Gua Musang-Kuala Krai sesak dua kilometer
Tebing runtuh yang berlaku pada 7.30 malam tadi turut menyebabkan aliran trafik terhenti sepenuhnya.

Azalina cadang pertimbang umur persaraan dinaikkan kepada 65 tahun
Azalina Othman Said mencadangkan kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan umur persaraan wajib daripada 60 tahun kepada 65 tahun.

Tengku Maimun belum terima tawaran lanjut perkhidmatan
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengesahkan bahawa beliau belum menerima sebarang tawaran untuk menyambung perkhidmatannya.

Pandu Puteri perkasakan peranan wanita muda dalam kepimpinan, keluarga
Persatuan Pandu Puteri Malaysia memperkasakan peranan wanita muda dalam usaha membentuk golongan tersebut menjadi lebih berilmu, berakhlak mulia serta berjiwa kental.

Berjaya harungi musim mencabar, Saravanan intai destinasi baharu
T. Saravanan mengakui musim 2024/2025 memberi pengajaran berguna dalam kariernya, apabila berjaya memanfaatkan peluang yang terhad untuk membuktikan kemampuan bersama skuad Tok Gajah.
AWANI Ringkas: Honda Jepun kurangkan EV, tumpu kepada hibrid
AWANI Ringkas: Ugut rakan sebar video bogel, dua remaja ditahan

Iktiraf Sabah, Sarawak sebagai wilayah lancarkan pelaksanaan autonomi negeri - Shafie
Status pengiktirafan Sabah dan Sarawak sebagai Wilayah bakal memberi kelebihan sekali gus mengukuhkan kedudukan kedua-dua negeri itu khususnya dari segi pelaksanaan autonomi negeri masing-masing.

MA63: Sabah, Sarawak diberi kuasa luluskan projek bawah RM50 juta
Jemaah Menteri menyerahkan kuasa meluluskan projek-projek bernilai bawah RM50 juta kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak.

Tambah kerusi Parlimen: Kami bukan 'demanding', tetapi itu yang dijanjikan - Masidi Manjun
Pemimpin Sabah dan Sarawak bukan bersikap 'demanding' terhadap tuntutan satu pertiga kerusi di Dewan Rakyat.