awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar pesan Ahli Parlimen kerajaan bahas dengan baik - Fahmi
Enam maut dalam kebakaran pusat beli-belah Karachi
Ahli politik Jerman gesa tentera AS keluar susulan kenyataan Trump mengenai tarif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ikuti kandungan premium Astro menerusi YouTube Super Stream sepanjang bulan kemerdekaan ini

Hilal Azmi
Hilal Azmi
14/08/2020
06:01 MYT
Ikuti kandungan premium Astro menerusi YouTube Super Stream sepanjang bulan kemerdekaan ini
Astro bekerjasama dengan YouTube berkongsi kandungan sempena bulan kemerdekaan.
Era norma baharu telah mengubah cara rakyat Malaysia menggunakan kandungan dalam kehidupan seharian.
Pada Jun 2020, kadar kepenggunaan kandungan rakyat Malaysia menerusi platform Youtube telah meningkat sehingga 35 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Tahun ini, Astro menjadi antara rakan kerjasama YouTube yang berganding dalam menjayakan YouTube Super Stream bagi membolehkan pengguna menikmati kandungan premium Astro menerusi YouTube bermula 1 September ini.
Menurut Naib Presiden Digital Adex Astro, Yee Wing-Tak, Astro teruja untuk menawarkan kandungan premiumnya menerusi inisiatif ini di saluran YouTube Astro Gempak.
"Kami harap rakyat Malaysia dapat menikmati 115 jam kandungan premium ini sempena musim kemerdekaan ini," katanya dalam sidang media pada Khamis.
Pada masa sama, program yang pertama seumpamanya di dunia ini sebagai langkah inovatif dalam membantu rakan kerjasama YouTube.
Bagi Jin-Ah Yang, Pengurus Perkongsian Kandungan, Malaysia dan Singapura, YouTube Super Stream sememangnya datang daripada idea untuk membantu karyawan di rantau ini.
"Projek ini merupakan antara perintis kepada projek seumpamanya untuk membawa kandungan berkualiti dari Malaysia ke pasaran global.
"Pada pandangan Youtube, banyak penyedia kandungan terjejas akibat pandemik COVID-19 terutamanya sekitar bulan Mac hingga Jun tahun ini.
"Jadi, sebagai inisiatif membantu rakan kerjasama YouTube, kami kumpulkan semua kandungan premium agar boleh dijual kepada pengiklan berimpak tinggi.
"Ini sedikit sebanyak dapat membantu penyedia kandungan meningkatkan pendapatan mereka sehingga 10 kali ganda," kata beliau.
Selain Astro, YouTube Super Stream boleh diakses menerusi saluran YouTube Google Malaysia yang turut menampilkan kerjasama dengan Media Prima, Muse dan WebTVAsia bermula 15 Ogos ini.
Topic Berkaitan
#Astro
#Jin-Ah Yang
#Yee Wing-Tak
#YouTube
#Youtube Asia Pacific
#Youtube Super Stream
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan