awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ilmu amanah besar bentuk generasi berakhlak - Raja Muda Perlis

Astro Awani
Astro Awani
09/11/2025
06:15 MYT
Ilmu amanah besar bentuk generasi berakhlak - Raja Muda Perlis
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pelajar perlu menunaikan amanah dengan penuh kesungguhan kerana ilmu bukan sekadar untuk kepentingan diri, malah merupakan tanggungjawab terhadap keluarga, masyarakat, negeri dan tanah air.
KANGAR: Tanggungjawab menuntut ilmu merupakan satu amanah besar yang bukan sahaja melahirkan insan berpengetahuan dan berkemahiran, tetapi turut membentuk akhlak mulia serta keperibadian unggul.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pelajar perlu menunaikan amanah tersebut dengan penuh kesungguhan kerana ilmu bukan sekadar untuk kepentingan diri, malah merupakan tanggungjawab terhadap keluarga, masyarakat, negeri dan tanah air.
“Ilmu adalah amanah yang mesti digalas dengan tekad dan disiplin tinggi. Kecemerlangan akademik juga perlu disokong dengan penglibatan aktif dalam kegiatan kokurikulum, sukan, kelab, persatuan serta program kepimpinan sekolah,” titah baginda.
Tambah baginda, penyertaan dalam aktiviti luar bilik darjah bukan sahaja memperkayakan pengalaman, malah membina kemahiran insaniah seperti komunikasi, kepimpinan, keyakinan diri, kerjasama serta keupayaan berfikir secara kritikal dan bijak.
Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat merasmikan Majlis Sumbangan Pakaian dan Beg Sekolah sempena sedekad penganjuran program Jelajah ‘Kembali ke Sekolah’ di bawah inisiatif Nestlé Sayang Komuniti dengan kerjasama Empire Project, yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Panggau, Kangar.
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, Rose Aza Che Arifin; Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Nestlé Malaysia, Raja Nurmaria Murni Raja Nur Azmi; Penasihat Program Empire BTS Perlis, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed; dan Presiden merangkap Pengasas Empire Project, Ashraff Khan Md Najib.
Dalam ucapan aluan, Raja Nurmaria Murni menzahirkan rasa syukur kerana dapat meneruskan misi memperkasa generasi muda melalui pendidikan.
Sejak diperkenalkan pada 2015, program “Kembali ke Sekolah” telah memberi manfaat kepada lebih 16,300 pelajar di seluruh negara, dengan menyediakan kelengkapan asas bagi memulakan sesi persekolahan dengan semangat dan keyakinan baharu.
Melalui kolaborasi antara Nestlé Products Sdn. Bhd. dan Empire Project, seramai 170 pelajar Sekolah Kebangsaan Panggau, Kangar menerima sumbangan berupa set pakaian lengkap persekolahan dan beg sekolah jenama Canggih, selain barangan makanan keluaran Nestlé.
Dalam majlis berkenaan, Tuanku Raja Muda turut berkenan menyempurnakan simbolik perasmian serta mengurniakan beg “Back to School” kepada sepuluh pelajar terpilih.
Tuanku Syed Faizuddin Putra pada masa sama menzahirkan penghargaan terhadap usaha murni itu yang disifatkan sebagai cerminan semangat keprihatinan, kasih sayang dan nilai kemanusiaan dalam membentuk masyarakat berilmu, berakhlak dan berjiwa prihatin.
Topic Berkaitan
#Raja Muda Perlis
#Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
#generasi muda
#pelajar sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan