Imam Masjid Sultan Azlan Shah, di sini, Mokhamad Ngifni Abdul Basir, 33 tahun, meninggal dunia dalam kemalangan ketika menyertai konvoi bermotosikal ke Cameron Highlands pada Ahad pagi.
Beliau yang juga pensyarah tahfiz di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) bermotosikal secara berasingan bersama-sama abang dan seorang lagi rakannya selepas solat Subuh.
Bagaimanapun, ketika turun dari kawasan peranginan itu kira-kira 11.30 pagi, motosikal yang ditunggangnya dikatakan hilang kawalan di Kilometer 18, Jalan Keramat Pulai.
Motosikalnya dikatakan terjatuh dan terhumban ke kanan jalan lalu melanggar bahagian luar tayar sebuah lori yang sedang menuju ke Cameron Highlands.
Namun, motosikal yang ditunggang abang dan rakannya yang berada di belakang sempat mengelak dari melanggar mangsa. Bagaimanapun, salah seorang daripada mereka cedera ringan.
Allahyarham yang mengalami cedera parah, meninggal dunia di tempat kejadian.
Salah seorang saudara mangsa memberitahu, ketiga-tiga mereka bertolak ke kawasan peranginan itu selepas mangsa selesai mengimamkan solat Subuh di Masjid Sultan Azlan Shah dan dijadualkan pulang sebelum solat Zohor.
Menurutnya, jenazah Allahyarham Mokhamad Ngifni akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya selepas solat Isyak.
Allahyarham yang baru setahun menjadi imam di Masjid Sultan /Azlan Shah meninggalkan seorang isteri, Juwariyah Sulaiman, 32, dan empat anak, Niswatul Iffah, 6; Niswatul Jannah, 4; Muhamad Al-Fateh, 3, dan Niswatul Aafiah berusia enam bulan.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Jun 23 2019
Mokhamad Ngifni meninggal dunia dalam kemalangan pada pagi ini. Foto media sosial
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Amaran hujan lebat berterusan peringkat bahaya hingga Jumaat
Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka di Perlis, beberapa kawasan di Kedah, Perak, dan Pahang.
Rockshed kekal tangani runtuhan cerun di Simpang Pulai - Nanta
Pembinaan rockshed kekal itu masih berada pada tahap perbincangan yang memerlukan penelitian berhubung reka bentuk dan ciri keselamatan.
Laluan terjejas tanah runtuh di Cameron Highlands telah dibuka
Polis berkata insiden itu menyebabkan laluan tersebut terhalang dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan selama dua jam.
Tanah runtuh: Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditutup
Insiden cerun runtuh di KM43.4, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berhampiran sempadan negeri Pahang pada Jumaat menyebabkan laluan itu ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.
Pendekatan terbaik kerajaan negeri selesai isu peniaga Cameron Highland - Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kerajaan negeri sudah mengambil pendekatan terbaik dalam menyelesaikan isu 32 peniaga di Cameron Highlands.
Sultan Pahang titah isu peniaga Cameron Highlands diselesaikan dengan baik
Sultan Pahang menasihatkan agar tiada pihak ketiga mengeruhkan keadaan untuk memastikan penyelesaian yang baik.
31 mangsa terjejas banjir kilat, tanah runtuh di Cameron Highlands
Seramai 31 mangsa dipindahkan ke PPS di Pusat Komuniti Sungai Ruil akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands.
Tiada istilah 'kuda tua', Mamat buat penampilan ke-15 LTdL
Pelumba berpengalaman negara, Mamat masih menggalas cabaran Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) pada jelajah lumba basikal LTdL 2024 yang akan membuka tirai pada 29 Sept hingga 6 Okt ini.
Laluan terjejas tanah runtuh di Cameron Highlands selamat dilalui
Laluan di Kilometer (KM) 67, Jalan Besar Brinchang yang terjejas akibat tanah runtuh pada Sabtu selamat dilalui oleh semua jenis kenderaan.
Siasat menyeluruh insiden tanah runtuh Cameron Highlands - NGO
Reach menggesa siasatan menyeluruh dilakukan di lokasi berlakunya tanah runtuh di Jalan Besar Brinchang, Kilometer (KM) 67 berhampiran Agro Market di sini pada Sabtu.