SABAK BERNAM: Seorang imam masjid yang baharu sahaja selesai mengajar di sebuah maahad tahfiz maut kemalangan apabila motosikal ditunggang merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 64 Jalan Teluk Intan-Klang di sini pada Isnin.
Dalam kejadian 4.15 petang itu, mangsa berusia 32 tahun yang menunggang Yamaha LC maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, siasatan mendapati mangsa baru pulang mengajar di sebuah maahad tahfiz di daerah Sabak Bernam dan menuju ke rumahnya di Tanjong Karang.
Beliau berkata, ketika kejadian, sebuah treler dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun berhenti di lorong kecemasan.
"Akibat kemalangan itu, mangsa yang juga imam sebuah masjid di Tanjong Karang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Katanya, semasa kejadian pemandu treler dipercayai tidak meletakkan sebarang tanda atau isyarat untuk berhenti di lorong kecemasan.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Tue May 31 2022

Keadaan motosikal mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 64 Jalan Teluk Intan-Klang pada Isnin. -Foto Sinar Harian

Armada kecam tindakan laman FB Kelab Peminat Kartunis Zunar
Armada mengecam tindakan pemilik laman Facebook Zunar Cartoonist Fan Club yang dilaporkan mencemar kesyumulan Islam.

KPM rangka pelan tangani isu guru bersara awal
Kementerian Pendidikan (KPM) mengakui guru bersara awal adalah satu isu yang tidak boleh dipandang remeh.

Lawatan rasmi buka lembaran hubungan strategik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi ke China hari ini sehingga 1 April ini. Lawatan rasmi ini bakal membuka lembaran baharu dalam mengukuhkan hubungan strategik antara Kuala Lumpur dan Beijing ke arah yang lebih komprehensif. Wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad kini berada di Beijing untuk membawakan perkembangan terperinci jadual padat Perdana Menteri di China.

Kos Sara Hidup | Bazar Ramadan Rahmah, saingan kepada bazar biasa

Presiden UMNO sahkan Ketua Menteri Melaka letak jawatan
Desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka akhirnya terjawab dengan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri. Perkara itu disahkkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sambil menyatakan beliau menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam untuk mempersembah nama calon Ketua Menteri baharu.

Kos Sara Hidup | Bazar Ramadan Rahmah jadi tumpuan

Harga siling ayam dan telur diputuskan Khamis
Kerajaan berkemungkinan akan mengumumkan harga siling bagi bekalan ayam dan telur menjelang perayaan Aidilfitri esok sementara menantikan perbincangan dua kementerian pada Rabu.

Sulaiman letak jawatan, Melaka bakal dapat Ketua Menteri baharu
Desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka akhirnya terjawab dengan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri.

Tunggu pengumuman rasmi sikit masa lagi - Ab Rauf
Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh meminta semua pihak bersabar dan menunggu pengumuman rasmi berhubung desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka, Jumaat ini.
![[INFOGRAFIK] Kuota pekerja asing (setakat Mac 2023) [INFOGRAFIK] Kuota pekerja asing (setakat Mac 2023)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2016231/8967789641680091877905_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kuota pekerja asing (setakat Mac 2023)

Imam maut kemalangan selepas mengajar di maahad tahfiz
Mangsa berusia 32 tahun yang menunggang Yamaha LC maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.