awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pintu kereta dibuka budak 2 tahun punca nahas enam kenderaan
Azmin, Faizal Azumu antara yang hadir perjumpaan khas di kediaman Muhyiddin
Johor umum “hadiah” hampir RM17 juta sempena Tahun Baharu Cina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imam terlupa takbir, solat sunat Aidilfitri diulang

Astro Awani
Astro Awani
22/04/2023
02:20 MYT
Imam terlupa takbir, solat sunat Aidilfitri diulang
Kira-kira 500 kanak-kanak di bawah 12 tahun menerima duit raya daripada pihak pengurusan masjid ini. - Astro AWANI
JERANTUT: Solat sunat Aidilfitri diulang kali semula buat kali kedua apabila berlaku kekhilafan yang diikuti kira-kira 3,000 jemaah yang berlaku pada jam 8.45 pagi ini.
Kejadian ini berlaku di Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut (MTMAJ) apabila imam tidak melakukan lima kali takbir di rakaat kedua.
Sejurus memberi salam, imam tersebut terus mengakui kekhilafannya dan mahu mengulangi solat sunat itu kali kedua kira-kira jam 8.55 pagi.
Seorang jemaah, Zulkifli Abdullah memuji tindakan yang dilakukan oleh imam tersebut.
"Imam terus akui kekhilafannya dan mahu mengulangi semula solat ini," katanya.
Seorang lagi jemaah, Rosman Hashim berkata, ketika berlaku kekhilafan itu, imam tersebut meneruskan sehingga ke tahiyat terakhir dan memberi salam.
"Imam terus mengakui dengan memaklumkan kekhilafannya melalui pembesar suara dan mahu diulang solat ini, Alhamdulillah solat sunat berjalan lancar pagi ini," katanya.
Selesai khutbah, kira-kira 500 kanak-kanak di bawah usia 12 tahun menerima duit raya daripada pengurusan masjid ini.
Topic Berkaitan
#solat sunat
#Aidilfitri
#Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut
#takbir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan