awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imam tertinggal rukun khutbah, solat Jumaat bagi kariah di 16 masjid sekitar Rembau tidak sah

Bernama
Bernama
15/11/2024
14:35 MYT
Imam tertinggal rukun khutbah, solat Jumaat bagi kariah di 16 masjid sekitar Rembau tidak sah
Dr Faudzinaim berkata JHEAINS daerah Rembau perlu membuat pemakluman berkenaan kepada masjid terbabit agar menggantikan dengan menunaikan solat Zohor dengan segera. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Solat Jumaat bagi kariah di 16 masjid sekitar Rembau pada 8 Nov lepas, ditafsirkan tidak sah susulan khatib dilaporkan tertinggal satu daripada rukun khutbah.
Mufti Negeri Sembilan Prof Madya Datuk Dr Faudzinaim Badaruddin berkata Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) daerah Rembau perlu membuat pemakluman berkenaan kepada masjid terbabit agar menggantikan dengan menunaikan solat Zohor dengan segera.
"Khatib tidak membaca rukun khutbah dalam teks bahasa Arab semasa khutbah Jumaat, 8 Nov lepas. Pesanan bertakwa kepada Allah adalah rukun khutbah Jumaat dan hendaklah dibaca dalam bahasa Arab.
"Jika khatib tidak membaca rukun ini dengan bahasa Arab di dalam khutbah itu, maka khutbahnya adalah tidak sah," kata dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya masjid terlibat ialah Masjid Kariah Pekan Pedas, Masjid Kariah batu 17 Chembong, Masjid Kariah Astana Raja, Masjid Kariah Pulau Mampat, Masjid Kariah Titian Akar, Masjid Kariah Pedas Tengah dan Masjid Kariah Durian Daun.
Turut terlibat Masjid Kariah Semerbok, Masjid Kariah Pilin, Masjid Kariah Legung Ulu, Masjid Kariah Nerasau, Masjid Kariah Dato Lela Maharaja Sepri, Masjid Kariah Kundur Hulu, Masjid Kariah Miku Lama, Masjid Kariah Sawah Raja dan Masjid Kariah Senama.
Beliau berkata isu tersebut tidak berlaku di daerah lain setakat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Solat Jumaat
#rukun khutbah
#tidak sah
#bahasa Arab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan