DREBAR
Imej rasmi pertama dashboard Honda BR-V sudah terbit


Walaupun kemunculan global rasminya di pameran auto antarabangsa Indonesia beberapa bulan lalu mendapat liputan meluas, Honda belum lagi dapat mendedahkan rupa dashboard ini kepada semua kerana ia masih belum diputuskan. Dan walaupun BR-V ini dikhabarkan mendapat sambutan baik; dengan 2,500 tempahan sudahpun dibuat pembeli-pembeli di serata Indonesia sehingga September 2015, rupa kabinnya masih lagi satu tanda tanya.
Dengan gambar tunggal ini, dapatlah kita ketahui bahawa terdapat perbezaan nyata antara dashboard BR-V ini dengan Mobilio dan HR-V, juga sebuah model yang serba baharu.
Namun begitu, SUV 7-penumpang ini kelihatan seperti mengekalkan panel meter HR-V yang mempunyai MID (multi-information display) di belah kanan. Stereng pula diambil daripada Mobilio RS.
Jika mengikut gambaran diberikan Honda Indonesia lagi, sistem penyaman udara di dalam BR-V ini lengkap dengan fungsi ‘nanoe’ untuk meningkatkan kualiti udara di dalam kabin. Butang-butang kawalan sistem ini juga adalah adalah ‘fizikal’ dan bukannya seperti di dalam HR-V.
Komponen-koponen lain nampaknya serba baharu, lebih-lebih lagi jika melihat kepada rekaan corong penyaman udara yang tidak menyerupai dengan apa yang dilihat di dalam HR-V; serta lebih-lebih lagi Mobilio atau Brio meskipun kedua-duanya merupakan asas kepada BR-V.

Sistem audionya mempunyai skrin sentuh bersaiz 6.1 inci dan boleh dikawal melalui butang-butang di atas stereng.
Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Indonesia akan menjadi pasaran pertama untuk model ini. Ia juga akan dipasang di negara tersebut, bermula awal 2016 di kilang PT Honda Prospect Motor (HPM) yang terletak di Karawang, Jawa Barat.

Kenderaan ini digerakkan oleh enjin empat silinder, 1.5-liter i-VTEC yang menjana 118hp pada 6,6600rpm dan tork sebanyak 145Nm pada 4,600rpm.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami