awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen Johor tahan 51 PATI termasuk 23 tukang urut wanita

Bernama
Bernama
19/01/2024
11:00 MYT
Imigresen Johor tahan 51 PATI termasuk 23 tukang urut wanita
Jabatan Imigresen menahan 23 warga asing dalam Op Gegar di Masai, Pasir Gudang semalam.
JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 51 pendatang asing dalam beberapa operasi di sekitar daerah ini dan Batu Pahat, semalam.
Pengarahnya Baharuddin Tahir berkata daripada jumlah itu, 27 orang terdiri daripada warga Myanmar, Bangladesh, Indonesia dan India berusia antara 20 hingga 47 tahun yang ditahan menerusi Op Selera, Op Belanja, Op Dandan dan Op Kutip pada 11.40 pagi di Pasar Borong Pandan di sini.
Selain itu, beliau berkata pihaknya juga menyerbu empat premis dan menahan 23 warga asing dalam Op Gegar di Masai, Pasir Gudang pada 5.30 petang, hari sama.
"Mereka yang ditahan terdiri daripada wanita warga Vietnam, Indonesia dan Thailand berusia lingkungan 21 hingga 42 tahun.
"Tangkapan dibuat melibatkan warga asing yang disyaki pekerja tukang urut di premis tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Baharuddin seorang lagi lelaki warga Indonesia pula ditahan dalam Op Belanja di Batu Pahat kira-kira 4 pagi, semalam.
Beliau berkata ketika operasi, lelaki berusia 33 tahun itu melarikan diri ke arah sungai sebelum berjaya dicekup anggota jabatan berkenaan.
"Kesemua yang ditahan itu antaranya melakukan kesalahan bekerja tanpa permit sah, menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).
"Kes disiasat di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 55E akta yang sama," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pati
#wanita warga asing
#tukang urut
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan