awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen KL tahan 30 warga asing dan tiga majikan tempatan

Bernama
Bernama
15/04/2025
22:30 MYT
Imigresen KL tahan 30 warga asing dan tiga majikan tempatan
Menurut Imigresen KL, tiga majikan yang ditahan terdiri daripada seorang lelaki di sebuah kedai runcit, serta seorang wanita dan seorang lelaki lagi di dua premis makanan berasingan.
KUALA LUMPUR: Seramai 30 warga asing dan tiga warga tempatan ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dalam serbuan ke atas lima premis sekitar Bukit Bintang dan Dang Wangi di sini, semalam.
JIM WPKL dalam kenyataan memaklumkan operasi yang dijalankan bermula jam 4.05 petang itu melibatkan Op Belanja, Op Selera dan Op Dandan membabitkan dua premis runcit, dua kedai makan dan sebuah kedai gunting rambut.
"Seramai 62 individu diperiksa dan 33 daripadanya ditahan terdiri daripada 27 lelaki warga Bangladesh, dua lelaki warga India, seorang wanita Indonesia serta tiga warga tempatan yang merupakan majikan," menurut kenyataan itu.
Menurut JIM WPKL, tiga majikan terbabit terdiri daripada seorang lelaki yang ditahan di sebuah kedai runcit, manakala seorang wanita dan seorang lelaki lagi ditahan di dua premis makanan berasingan.
"Kesemua majikan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi pendatang tanpa izin," menurut kenyataan itu
Warga asing yang ditahan pula disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) akta sama serta Peraturan 39(b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Selain itu, empat Borang Imigresen 29 (Saman Kepada Saksi) turut dikeluarkan sepanjang operasi dijalankan.
- BERNAMA
TAG: JIM WPKL, operasi, warga asing, Bukit Bintang, tahan
Topic Berkaitan
#Imigresen KL
#serbuan
#Bukit Bintang
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan