awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen N.Sembilan tahan 52 wanita asing

Bernama
Bernama
04/12/2012
07:59 MYT
Imigresen N.Sembilan tahan 52 wanita asing
Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menahan 52 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan di 10 premis hiburan di Taman AST, di sini malam semalam.
Pengarah Imigresen negeri Faizal Fazri Othman berkata semua wanita yang berusia antara 20 dan 40 tahun itu didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial dan pas pelajar dengan bekerja sebagai GRO.
Sebanyak 24 orang berasal dari China, manakala baki dari Vietnam, katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Katanya dalam operasi yang bermula 9.30 malam itu, pihaknya turut menahan 11 lelaki warga asing iaitu tujuh dari Myanmar, tiga Bangladesh dan seorang warga Nepal kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
Selain itu katanya, mereka turut menahan dua lelaki tempatan berusia 30-an yang disyaki melindungi semua warga asing terbabit.
Seorang lelaki ditahan ketika bersembunyi bersama 11 GRO di dalam sebuah bilik di premis hiburan yang diserbu, manakala seorang lagi ditahan ketika memandu sebuah kenderaan yang membawa tujuh lelaki warga Myanmar, katanya.
Kedua-dua lelaki berkenaan dibebaskan selepas keterangan diambil manakala warga asing terbabit dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Lenggeng untuk tindakan lanjut, katanya.
Topic Berkaitan
#China
#Faizal Fazri Othman
#GRO
#Jabatan Imigresen Negeri Sembilan
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan