IPOH: Jabatan Imigresen Negeri Perak menahan 101 warga asing yang dipercayai tidak mempunyai dokumen perjalanan sah serta melanggar syarat Pas Lawatan dalam tiga serbuan di sini menerusi Ops Mahir dan Ops Patuh, pada awal pagi Jumaat.
Pengarah Imigresen Perak, Hapdzan Husaini, berkata operasi bermula pada jam 12 tengah malam hingga 5 pagi itu dijalankan di sebuah kawasan kilang barang lusuh, logam dan kitar semula, rumah kedai serta rumah kongsi.
Menurutnya kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan umur 15 sehingga 62 tahun.
“Seramai 162 orang telah diperiksa terdiri daripada pelbagai warganegara. Daripada jumlah tersebut, seramai 101 orang telah ditahan.
“Ia melibatkan seorang wanita dan 10 lelaki warganegara China; seorang wanita dan 59 lelaki warganegara Myanmar, tiga wanita dan tujuh lelaki warganegara Indonesia, seorang wanita dan tiga lelaki warganagera Vietnam, 15 lelaki warganegara Bangladesh serta seorang orang wanita warganegara India,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, dalam operasi sama, Hapdzan memaklumkan Imigresen Perak turut melakukan serbuan di sebuah kilang barang lusuh, logam dan kitar semula di Kampung Kepayang, Simpang Pulai kerana disyaki menggaji warga asing tanpa pas yang sah.
Katanya, pada operasi berkenaan, seramai 64 warga asing berumur antara 15 hingga 62 tahun telah ditahan, membabitkan warganegara Myanmar, China, Bangladesh, Vietnam dan Indonesia.
“Kehadiran pegawai operasi di lokasi menyebabkan mereka berlari bertempiaran sehingga ada yang sanggup menggadai nyawa dengan memanjat tembok tinggi untuk melarikan diri ke arah hutan di belakang premis tersebut.
“Pegawai operasi juga berdepan dengan detik cemas mengejar warga asing kerana kawasan kilang tersebut dipenuhi dengan barangan tajam dan logam besi.
“Namun, hasil kecekapan pegawai operasi yang telah mengepung kawasan premis dan berjaya menahan seramai 64 orang,” jelas beliau lagi.
Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen1959/63, iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
Turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) iaitu tinggal lebih masa serta Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat Pas Lawatan dengan bekerja secara tidak sah.
Amirrul Rabbani
Fri Jul 01 2022
Kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan umur 15 sehingga 62 tahun. - Foto ihsan Jabatan Imigresen Negeri Perak
Liputan Haji: Bakal fokus kepada cabaran dan kebajikan jemaah wanita
Bagi petugas media mewakili Astro AWANI, untuk tahun ini, musim 1445 hijrah, yang terpilih ialah Editor dan Penerbit Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Salim bersama 12 yang lain daripada agensi media.
Laporan Bank Dunia perlu dipandang serius
Laporan Bank Dunia yang memberi gambaran membimbangkan berkenaan sistem pendidikan Malaysia perlu diambil serius.
[TERKINI] CEO Microsoft dijadual bertemu Anwar pada Khamis
Lawatan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Satya Nadella ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Anwar jumpa PM Qatar, sedia bantu Palestin
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan Qatar dan negara lain di rantau Asia Barat bagi memberikan rawatan kepada rakyat Palestin yang cedera akibat keganasan rejim Zionis.
[TERKINI] Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan terhadap kepimpinan Kerajaan Arab Saudi berkaitan urusan hal ehwal umat Islam, termasuk konflik Palestin-Israel.
Konflik, bencana alam paksa lebih 4.1 juta kanak-kanak tidak bersekolah di Ethiopia Utara - PBB
Konflik dan bencana alam telah memaksa lebih 4.1 juta kanak-kanak tidak bersekolah di Wilayah Amhara Ethiopia.
Pantau Belanjawan: Keperluan reformasi segera sistem pendidikan Malaysia
Pensyarah Sekolah Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Prof Madya Dr Abdul Halim Abdullah membincangkan keperluan rombakan sistem pendidikan negara selepas Bank Dunia melaporkan hanya 58% pelajar mahir membaca pada usia darjah 5.
ChatGPT tampil ciri Memory, ingat maklumat penting
Apabila perbualan dilakukan, pengguna ChatGPT Plus boleh memilih untuk menyimpan perbualan sebagai memori.
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Ops Pintu: Imigresen Perak tahan 158 PATI di kawasan ‘hot spot’
Kesemua PATI itu ditahan atas kesalahan tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
71 PATI termasuk GRO warga asing dicekup di 10 premis
Kesemua mereka ditahan ditahan dalam serbuan di 10 premis di sekitar Ipoh dan Enggor, Kuala Kangsar pada Rabu dan Khamis.
Pendatang asing panjat bumbung, sembunyi elak ditahan
Operasi melibatkan 31 pegawai dari Bahagian Penguat kuasa JIM Perak, dijalankan di kawasan premis perniagaan dan perumahan di Manjung.
Cuba terjun laut, sembunyi dalam semak, 59 warga asing ditahan di jeti pelantar ikan
Walaupun ada yang cuba meloloskan diri dengan terjun ke dalam laut, sembunyi di semak, namun pasukan serbuan berjaya mengepung kawasan terbabit.
Imigresen Perak tahan 101 warga asing
Jabatan Imigresen Negeri Perak menahan 101 warga asing yang dipercayai tidak mempunyai dokumen perjalanan sah serta melanggar syarat Pas Lawatan.
Dua bekas pegawai kanan imigresen Perak mengaku tidak bersalah terima rasuah
Tertuduh pertama, Zulhairin Yahya, 45, ketika bertugas sebagai Pengarah Jabatan Imigresen Perak didakwa cuba memperoleh suapan wang tunai RM10,000 setiap bulan daripada Nga Chee Jiek.