awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen Selangor serbu premis hiburan, tahan 32 pendatang

Bernama
Bernama
24/04/2025
12:00 MYT
Imigresen Selangor serbu premis hiburan, tahan 32 pendatang
Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menahan 32 pendatang asing dipercayai melakukan kesalahan berkaitan imigresen dalam Op Gegar di sebuah premis hiburan di Kota Damansara malam tadi.
PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menahan 32 pendatang asing dipercayai melakukan kesalahan berkaitan imigresen dalam Op Gegar di sebuah premis hiburan di Kota Damansara malam tadi.
Pengarah Imigresen Selangor Khairrul Aminus Kamaruddin berkata mereka terdiri daripada 29 wanita dari Thailand dan Laos yang disyaki bekerja sebagai gadis pelayan (GRO), serta tiga pekerja lelaki warga Bangladesh.
"Kesemua yang ditahan berumur 21 hingga 40 tahun, dan mereka didapati sudah bekerja di sini melebihi enam bulan. Ada juga cubaan untuk melarikan diri oleh pekerja warganegara Bangladesh semasa diserbu, namun berjaya digagalkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata 44 individu diperiksa dalam serbuan oleh 21 pegawai imigresen Selangor pada operasi 8 malam itu, dan pihaknya turut mengeluakan Saman Kepada Saksi kepada tujuh warga tempatan semasa operasi dijalankan.
"Siasatan Jabatan Imigresen juga mendapati kesemua ditahan diuruskan oleh agen, dan agen tersebut menyediakan tempat tinggal untuk pendatang tanpa izin sepanjang mereka berada di negara ini," katanya.
Khairrul Aminus berkata kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) (tiada pas), Sekyen 15(1)(c) 1959/63 (tinggal lebih masa) serta Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1963 (salah guna pas), dan semua pendatang asing itu direman 14 hari bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jabatan imigresen
#JIM Selangor
#Op Gegar
#premis hiburan
#Kota Damansara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan