awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen serbu klinik tawar khidmat doktor warga asing tidak bertauliah

Bernama
Bernama
21/05/2025
03:50 MYT
Imigresen serbu klinik tawar khidmat doktor warga asing tidak bertauliah
Siasatan lanjut mendapati klinik yang beroperasi selama setahun itu menawarkan pemeriksaan kesihatan pada waktu malam kepada warga asing.
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu sebuah klinik yang disyaki menawarkan khidmat doktor warga asing tidak bertauliah dalam operasi khas di tiga lokasi berasingan di Selangor dan ibu negara, pada Isnin lepas.
Operasi yang dijalankan hasil risikan selama dua minggu itu menyasarkan premis di Sungai Buloh, Shah Alam serta Jalan Ipoh, di sini dan berjaya menahan enam warga asing berusia antara 23 hingga 57 tahun.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata antara yang ditahan seorang lelaki warga Pakistan dikenali sebagai 'Maleeq' yang dipercayai berperanan sebagai doktor, tiga wanita warga Myanmar yang disyaki pembantu klinik serta masing-masing seorang wanita warga Pakistan dan India.
"Siasatan awal mendapati terdapat kesalahan seperti tinggal lebih masa, penyalahgunaan pas lawatan, tiada dokumen sah serta pemilikan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihaknya turut merampas buku log pesakit, cop klinik, beberapa pasport, peralatan perubatan, sijil sakit, telefon bimbit dan pakaian pengamal perubatan dalam operasi terbabit.
Zakaria berkata siasatan lanjut mendapati klinik yang beroperasi selama setahun itu menawarkan pemeriksaan kesihatan pada waktu malam kepada warga asing dengan bayaran RM90 bagi setiap pemeriksaan, yang dibayar secara dalam talian.
Tambah beliau kesemua mereka kini ditahan di Depot Imigresen KLIA untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 manakala seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga Filipina diberi notis untuk hadir ke pejabat imigresen bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JIM
#klinik
#Doktor
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami