awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen serbu Pasar Borong Selangor, tahan 35 PATI

Sinar Harian
Sinar Harian
16/06/2023
04:03 MYT
Imigresen serbu Pasar Borong Selangor, tahan 35 PATI
Operasi dijalankan di Pasar Borong Selangor pada Rabu. (Gambar kecil: Ruslin Jusoh.) - Foto Jabatan Imigresen Malaysia
SELAYANG: Seramai 35 pendatang asing tanpa izin(PATI) ditahan menerusi serbuan dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan di sini pada Rabu.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Ruslin Jusoh berkata, operasi dijalankan melibatkan 96 pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian Anti-Pemerdagangan Manusia serta Pasukan Khas Taktikal Khas (PASTAK) Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya.
Menurutnya, operasi dikenali sebagai Op Sapu itu dijalankan kira-kira jam 4.45 pagi.


Antara warga asing yang diperiksa menerusi serbuan di Pasar Borong Selangor di sini pada Rabu. - Jabatan Imigresen Malaysia
Antara warga asing yang diperiksa menerusi serbuan di Pasar Borong Selangor di sini pada Rabu. - Jabatan Imigresen Malaysia
"Seramai 95 warga asing telah diperiksa dengan 35 daripadanya PATI yang berumur diantara 21 hingga 52 tahun telah ditahan atas pelbagai kesalahan.
"Mereka yang ditahan terdiri daripada 17 lelaki warga Myanmar, 13 lelaki warga Bangladesh, dua lelaki warga India, dua lelaki warga Indonesia dan seorang lelaki warga Yemen," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Dalam pada itu, Ruslin berkata, kesemua mereka yang ditahan dipercayai bekerja di pasar borong terbabit sebagai pekerja am.
"Semasa serbuan dilakukan, pasukan operasi berdepan dengan PATI yang cuba melarikan diri dari kepungan.
"Operasi turut berdepan kesukaran dengan cuaca hujan pada pagi tersebut dan keadaan gelap menyebabkan ada PATI yang berjaya meloloskan diri.
Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan itu diambil setelah menerima aduan awam berhubung PATI yang bekerja di Pasar Borong tersebut tanpa Pas dan dokumen pengenalan diri yang sah.
"Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
"Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Semenyih, Selangor untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut," katanya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pendatang asing
#Pasar Borong Selangor
#Seri Kembangan
#Jabatan Imigresen Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan