awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa

Bernama
Bernama
19/04/2024
14:41 MYT
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini dalam serbuan di sebuah tapak pembinaan di Bukit Chabang awal pagi tadi. - Foto FB Jabatan Imigresen Perlis
PADANG BESAR: Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini dalam serbuan di sebuah tapak pembinaan di Bukit Chabang di sini awal pagi tadi.
Pengarahnya Khairul Amin Talib berkata 101 warga asing diperiksa dalam serbuan sekitar pukul 1.10 pagi itu yang dilancarkan hasil pemantauan dan risikan oleh Unit Tindakan Imigresen, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Perlis.
"Seramai 49 daripada mereka ditahan.. mereka dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah, dan tinggal lebih daripada tempoh dibenarkan di Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mereka terdiri daripada tiga lelaki warga Indonesia, seorang lelaki warga India, 44 orang lelaki warga Bangladesh dan seorang wanita warga Bangladesh, semuanya berumur 19 hingga 54 tahun.
"Jabatan Imigresen Perlis tidak akan berkompromi sama sekali terhadap warga asing yang tinggal secara haram, menyalahguna pas lawatan dan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral di negara ini. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menggaji atau melindungi mereka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga asing
#dokumen sah
#Jabatan Imigresen Perlis
#bukit chabang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan