Kedudukan Malaysia dalam Indeks Jurang Gender Global 2020 (The Global Gender Gap Index 2020) turun tiga anak tangga berbanding tahun lalu.

Malaysia kini berada di kedudukan ke 104 daripada 153 negara dalam indeks yang diterbitkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) sekali gus melihatkan Malaysia pada kedudukan lebih rendah berbanding negara-negara Nepal (101), Senegal (99), Lesotho (88) dan Uganda (65).

Secara keseluruhan, jurang gender jantina di Malaysia menyamai purata dunia dalam bidang ekonomi, pendidikan dan kesihatan.

Bagaimanapun negara jauh di belakang berbanding purata dunia dalam bidang politik.

Malaysia juga berada di kedudukan 117 daripada 153 negara bagi skor purata bidang politik dengan catatan skor 0.108.

Sementara itu, Iceland berjaya mengekalkan kedudukan pertama dalam senarai Indeks Jurang Gender Global bagi tahun ke-11 berturut-turut.

Ia diikuti dengan Norway di tangga kedua, Finland di tangga ketiga dan Sweden di tangga keempat.

Iceland mencatatkan skor 0.811, Norway dengan catatan 0.842, Finland (0.832) dan Sweden (0.820).

Untuk rekod, keseluruhan prestasi jurang jantina dihitung berdasarkan prestasi empat dimensi iaitu indeks-penyertaan ekonomi, pencapaian pendidikan, kesihatan dan gaya hidup dan pemerkasaan politik.